Dunia hari ini memperkatakan tentang perubahan - perubahan yang perlu dilakukan berlandaskan hukum alam yang dinamakan "HAK ASASI MANUSIA" . Namun adakah kita sedar, pemikiran dan akhlak kita sedang dirosakkan oleh perosak-perosak agama sehinggakan Malaysia juga dikatakan perlu berada di landasan yang sama dan perlu 'berubah' mengikut acuan dunia?
Mengapa kita perlu berubah mengikut acuan dunia yang tidak sama dengan pemikiran , penghayatan dan kepercayaan kita?!
Sedangkan kulit kita juga berbeza, cara pemakanan yang tidak sama , iklim yang berbeza , namun kita dipaksa menerima doktrin yang sama iaitu PERJUANGAN HAK ASASI MANUSIA!
Pendapat MyHomeSoil mengatakan bahawa HAK ASASI MANUSIA itu PERLU tetapi MESTIlah berlandaskan batas-batas agama dan budaya setempat.
Sedangkan di dalam hukum syariah sendiri, peraturan "URUF" iaitu adat mengikut keadaan setempat perlu diambil kira asalkan tidak menyimpang daripada Ajaran Islam yang Syumul!
Banyak pemimpin dan puak-puak yang mendakwa merekalah PEJUANG SEJATI HAK |
SEMUA ORANG TUNTUT HAK INDIVIDU - Rakyat berhimpun dan dikelabui dengan Perjuangan Hak Asasi Manusia yang sudah menjadi kotor.... |
Budaya songsang, Pluralisme, gangsterism , pemberontakan tidak sepatutnya dibawa masuk dan diserap di dalam pemikiran rakyat hanya kononnya memperjuangkan HAK ASASI MANUSIA. Terus terang dinyatakan bahawa HAK ASASI MANUSIA yang sebegini telah jauh menyimpang dari ajaran ISLAM yang sebenar! HAK ASASI yang bagaimana perlu berada di MALAYSIA?? Kita perlu perhalusi dan jangan kita memperGUNAKAN apa jua alasan atas sebab HAK ASASI MANUSIA!
Lihatlah video di bawah dan fikirkanlah sekiranya HAK ASASI MANUSIA yang tidak berlandaskan Al Quran dan Assunah diperjuangkan oleh segelintir kelompok ...... Memang semua orang ada hak , tetapi Hak Allah itu WAJIB!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...