Jihad di Malaysia adalah dengan keluar mengundi~ |
Kempen marilah mengundi dan berkempen dilaksanakan saban tahun. Namun jumlah mereka yang turun untuk mendaftar terutamanya orang-orang Melayu amat mendukacitakan.
Untuk rekod, Penduduk di Negeri Sembilan yang belum mendaftar di kalangan Orang -orang Melayu yang telah mencapai umur 21 tahun adalah sebanyak 120,000 orang! Satu angka yang amat mendukacitakan .....
Kenapa kena mendaftar sebagai PENGUNDI!???
1. Membuktikan kita mempunyai hak untuk bersuara. Jangan bagi kumpulan MInoriti sahaja yang bising .Ketuk Tin Kosong, berbunyi kuat, tetapi Kumpulan Majoriti hanya duduk diam menjadi SILENT MAJORITI. Masa mengundi lah kita boleh berSUARA!
2. Membuktikan kelebihan kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai HAK untuk memilih teraju Negara. Tidak sama macam
RAKYAT asing bangla mahupun indonesia yang tak boleh mengundi. So bodoh lah kalau kita nak samakan diri kita macam depa dan tak mengundi!
3. Supaya pemimpin atau kerajaan yang dipilih melalui PILIHANRAYA adalah hasil daripada konsensus MAJORITI RAKYAT
negara ini. Kita perlu tingkatkan jumlah orang mengundi dan PERATUSAN KELUAR MENGUNDI supaya kerajaan akan
datang benar-benar mendapat MANDAT rakyat dan AKAN MenSENYAPkan langau-langau dan lalat-lalat yang suka buat bising.
4. Supaya kita dapat terus FOKUS dengan agenda PEMBANGUNAN dan TIDAK hanya tahu berPOLITIKUS macam pembangkang! Semua dasar KERAJAAN nak diTOLAK! APA DAA!
Kerajaan BN menjadi tulang belakang Kerajaan Malaysia sejak 54 tahun dahulu |
Pilihlah pemimpin yang mempunyai visi dan jangan lah gunakan politik untuk hancurkan pemimpin yang bagus seperti ini. |
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...