Tahniah dan Syabas kepada Kepimpinan MPPG yang telah mendengar rintihan dan keluhan masyarakat Pasir Gudang Johor terutamanya golongan peniaga yang pernah dipaparkan di dalam blog ini dan mendapat perhatian Ahli Parlimen Pasirr Gudang dan group-group FB Pasir Gudang Fan Club dan beberapa Group FB Johor.
Pembukaan semula peluang untuk masyarakat peniaga untuk membuka gerai secara sah dan mendapatkan lesen daripada MPPG adalah satu peluang yang sangat ditunggu-tunggu oleh mereka terutamanya Masyarakat Melayu yang tidak mempunyai sumber pendapatan lain selain berniaga di gerai.
Team MyHomeSoil.blogspot memanjatkan kesyukuran terhadap rintihan masyaakat yang didengari walaupun posting berkenaan baru sebulan berlegar di alam maya..... Kadang kala , kita perlu berada di dalam kasut masyarakat. Kita mungkin tidak menyedari bahawa tindakan kita kadangkala buat rakyat susah dan menderita sekaligus akan berlaku masalah sosial dan sebagainya di dalam dunia yang semakin mencabar ini..
Apa apa pun , kami berterima kasih kepada YDP MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG yang telah men'cairkan' semula pembekuan permohonan lesen gerai kecil di Parlimen Pasir Gudang. Tahniah saudara dan kepimpinan saudara semoga mendapat keberkatan dan rahmat dari limpahan doa peniaga-peniaga ini. Bgi para peniaga pula,jagalah kebersihan tempat kita mencari rezeki agar ianya akan mendapat lebih keberkatan dan disukai ramai!
Inilah laporan yang pernah kami siarkan pada 2 Mac 2012 dan mendapat respon yang baik dari MPPG! Tahniah MPPG!
Allahuakbar! Pembangunan Ummah Tanggungjawab Bersama!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...