Tips Hari Ini! MARAH...MARAH! Relax arr bro!

13 Apr 20120 comments

Mereka yang dapat mengawal marah, jiwanya setenang sungai yang tenang dan nyaman...
Semua orang suka marah.. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Banyak pepatah Melayu ada mengungkap mengenai sikap 'marah' ini...contohnya..."Marahkan sekor nyamuk, habis kelambu dibakar" . Ini menunjukkan, orang kita terutamanya orang-orang Melayu akan mengorbankan segala-galanya, walhal apa yang dimarah itu tidak signifikan dan tidak PENTING!


Hari ini, aku nak share ngan korang apa yang boss aku sharekan kat aku. ...keh..keh...korang ingat blogger macam aku takdak boss ke? hahaha...orang yang mempunyai bisness pon mengaku dia kuli beb...so bila ngaku kuli, dia sebenarnya BOSS BESAR! (Keluar tajuk sat)


Apabila anda sedang dilanda marah:

TIP 1 : BERTENANG . Tarik nafas, jangan bernafas dari dada, bayangkan nafas anda dari perut, bertenang, gambarkan perkara yang tenang dan nyaman.

TIP 2 : SUSUN SEMULA PEMIKIRAN. Kadang-kala , semasa kita marah, kita akan mengeluarkan kata-kata cacian, tidak elok. Jadi Tukarkan perkara tersebut dengan berkata kepada diri sendiri " ia sangat mengecewakan, saya faham saya sedang sedih, namun bukan bermakna selamanya saya akan gagal"

TIP 3: SELESAIKAN MASALAH

TIP 4: KOMUNIKASI YANG BAIK. Ambil masa untuk Berfikir dahulu sesuatu kemungkinan sebelum melakukan apa-apa tindakan!

TIP 5: BERTUKAR ANGIN. Pi la mana-mana tempat yang menenagkan..Kalau dah tak tertanggung lagi, pi la pindah dari tempat kerja yang selalu buat anda marah ke tempat lain! 

TIP 6: MARAHLAH SECARA SIHAT

TIP 7: BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK!

TIP 8 GUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL. Jangan nafas cepat2 ...slow and steady , dude!

TIP 9: MENGUCAPKAN TA'AWUZ : A'uzu billahi minassyaitanir rajim


TIP 10: AMBIL WUDUK, DUDUK DAN BERTENANG!

Aku rasa kalau semua orang dapat kawal marah, hidup kita akan jadi lebih aman dan tenteram ....jiwa tenang macam seorang BAYI ...InsyaAllah


Baby yang comel


Bukan macam ni.....


Dialog:"Iyah...iyah..."
 bukan ini juga......

Dialog : "Aku terberak" ...
 tidak menjadi ini....


Dey, Tanggeci!
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team