20 PEKAN KECIL DI NEGERI SEMBILAN AKAN JADI PEKAN BESAR - 8 CADANGAN LULUS, 12 DALAM PERANCANGAN!

19 Dec 20123comments

SEREMBAN – Pekan kecil dan kawasan pertumbuhan baru akan dibangunkan secara berperingkat supaya dapat diseimbangkan antara bandar dan luar bandar.


Peta NS 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kajian dijalankan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri dengan kerjasama 
Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Kewangan negeri, Pejabat Daerah dan pihak berkuasa tempatan.

”Hasil kajian, kita dapati sebanyak 20 pekan kecil di negeri ini dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, kelmarin.

Mohamad (BN-Rantau) yang menjawab soalan Datuk Mohd. Kamil Aziz (BN-Gemencheh) memberitahu, menjadi hasrat kerajaan negeri membangunkan kawasan pekan kecil itu, lebih-lebih lagi ia mampu meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.

”Sehingga kini, sejumlah lapan cadangan pembangunan bagi pekan Ayer Hitam, Palong 16, Rompin, Chengkau, Lubok China, Ayer Mawang, Pasir Besar dan Simpang Pertang telah diluluskan oleh kerajaan negeri untuk pelaksanaannya.

”Manakala 12 buah pekan lagi sedang dalam perancangan dan dijangka selesai pada 2013,” kata Mohamad.

Menjawab soalan lain, Mohamad menegaskan, program ekonomi yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi rakyat termiskin kini telah memasuki fasa ketiga selepas fasa pertama dan kedua diselesaikan melalui pelbagai kaedah.

”Kini kerajaan negeri memasuki fasa ketiga, di mana melibatkan pula masyarakat Orang Asli. Kita berjaya menghapuskan golongan miskin tegar, namun begitu, golongan ini akan terus wujud disebabkan pelbagai faktor,” katanya.

Mengenai tanah adat terbiar yang ditanya Mohd. Kamil, Menteri Besar menegaskan, ia terbahagi kepada dua bentuk iaitu daratan dan sawah.

”Ada yang telah diusahakan untuk pertanian getah dan kelapa sawit, namun bagi tanah sawah kita mahu ia dikekalkan untuk tanaman ini.

”Bagaimanapun, ia sukar untuk dimajukan kerana tanah adat mempunyai bilangan pemilik yang ramai bagi satu bidang tanah. Kerajaan akan sentiasa membantu untuk memastikan tanah berkenaan dapat diusahakan,” tegasnya.

sumber : -cerito nogori 9
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
20 December 2012 06:31

den ghaso dah banyak kali dah den donga bendo ni sojak mat iso kontot layi..tapi haghi ni den donga layi..dah dokek 20 taun dah..jangan la tipu ghakyat layi wahai bn babi negagho. den bonci sangat2.

Anonymous
20 December 2012 09:46

Ni apo babi2 ni... kot tak ghoma pun jago la sikit ayat2 tu... Ekau punyo mato kek mano dilotak an? ko dah tolampau taksub bona mo pas/pkr sampai an apo yo kemajuan yang diboghi tu langsung tak nampak kek mato.. cubo la bawak2 bersyukur sikit.. apo yo laie ekau nak? ekau nak kerajaan beno istano kek ghumah ekau ko.. osah la ekau jang..

Anonymous
20 December 2012 23:36

den duk kek ulu pilah air kadang2 ado kadang2 takdo. air bau busuk klorin koto pulak tu. jalan kek kg ekau memang baghus tapi kek kg den tanah meghah layi. den juga penyokong BN tapi yg den cakap ni bona2 berlaku. maso pilihanghayo ni baru lah menteghi2 datang janji macam2. abis pilihanghayo meloponglah oraghang kg. tak kan den cakap yg sobona salah? takkan nak salahkan den pulak? minggu lopeh rais datang samo ajo. sebolom tu khiry ngan isa samad samo ajo itu juga janjinyo. den tak suko lah tipu2 ni. semua oghang kg tak puas hati. den juga penyokong BN apo yg kg den dapat?

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team