"DAN JANGANLAH KAMU MAKAN HARTA ORANG LAIN DI ANTARA KAMU DENGAN JALAN YANG SALAH , DAN JANGAN PULA KAMU MENGHULURKAN HARTA KAMU KEPADA HAKIM-HAKIM (RASUAH) KERANA HENDAK MEMAKAN HARTA MANUSIA DENGAN DOSA PADAHAL KAMU MENGETAHUI (SALAHNYA) " ALBAQARAH 188
Semoga kita semua terhindar darinya...Amin ..takutnya!
PASIR PUTEH - Naib Presiden
Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan cadangan agar Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapis terlebih dahulu senarai calon pilihan
raya umum ke-13 sebagai langkah wajar.
Langkah
itu katanya dapat mengelak masalah lebih besar dan menyusahkan rakyat jika
calon tersebut bermasalah dan terbabit rasuah selepas pilihan raya berlangsung.
"Saya
sokong penuh perkara ini kerana ia untuk kebaikan. Ini penting kerana kita
tidak mahu nantu calon itu bermasalah dan terpaksa buat pilihan raya kecil pula
selepas itu yang membabitkan perbelanjaan lain dan merumitkan rakyat,"
katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Penempatan Semula Nelayan Tok
Bali, di sini hari ini.
Beliau
mengulas kenyataan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk
Johan Jaafar yang dilapor media mencadangkan agar kerajaan mewajibkan parti
politik mengemukakan senarai calon mereka kepada SPRM terlebih dahulu.
Mengulas
lanjut, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, berkata
perkara itu diamalkan Barisan Nasional (BN) selama ini bagi memastikan tidak
ada masalah timbul apabila tiba hari penamaan calon.
Namun
katanya adalah lebih baik jika parti dan calon yang bakal bertanding berbuat
demikian secara sukarela.
Mengulas
perkara berbeza, Mohd Shafie berkata kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat bahawa menentang Umno adalah untuk mencegah kemungkaran merupaka
ketaksuban politik yang membawa kehancuran.
Sehubungan
itu beliau menggesa rakyat, terutama umat Islam menimbang sebaik-baiknya
kenyataan Menteri Besar Kelantan berkenaan.
Semalam
Nik Abdul Aziz berkata beliau akan tetap bertanding dalam pilihan raya umum
akan datang selagi bangsa Melayu masih menyokong Umno yang disifatkannya
sebagai satu perbuatan mungkar.
Mengulas
projek penempatan semula nelayan Tok Bali itu, Mohd Shafie berkata ia satu lagi
bukti kerajaan pusat sama sekali tidak mengabaikan Kelantan walaupun tidak
diperintah BN.
"Kerajaan
BN sangat menjaga kepentingan rakyat. Yang mana layak dapat pembelaan kita akan
bela," katanya.
Projek
bernilai RM30.88 juta itu dibangunkan di atas tanah seluas lebih 38 hektar
merangkumi pembinaan 300 unit kediaman, surau, tadika serta dewan serbaguna.
Pembinaan fasa pertama akan bermula pertengahan Januari ini. - Bernama
+ comments + 5 comments
den tengok culaan pilihanghayo yg dibuet ngo new zeland baghu2 ni BN dopet 40 peratus ajo 60 peratus parti pembangkang takut juga den ni. boto ko tak tu tak taulah. tapi kajian dio tengok2 profesional eh. ekau panglimo poghang buleh bughi komen tak?
Ngo new zealand x paham langsung ngan sosio politik malaysia!lgpon xde langsung culaan tersebut berlaku!
ekau tak tengok ko laman web rasmi kerajaan new zeland ? dan tengok jugak laman2 web profesional eropah termasuk singapore. den ghaso ekau kono banyak baco n then analisis fakta mereka. sobabnyo mereka frofesonal. ni baghu den baco laman web pbb yg nyatokan harto kekayaan bekas2 pemimpin dunio. mahater dopet nombo duo hertanya sebanyak usd 40 bilion. camno kito nak nafikan? pertamo husni mubarak sehingga usd 70 bilion. apo alasan kito? alasan kita cumo kato fitnah jo tapi tak dongan caro ilmiah. tu lah kelemahan kito? baghu2 ni lak deepak buwet kenyotaan, tapi semua oghang2 kito tak bekotik sonyap ajo kito lomah an kek sini.bloger2 kito banyak yg meghapu eh sobab tu den lobeh suko blog ekau panglimo poghang tak meghapu sangat eh.
Osah mada boto dak pencacai jubor ni... Ko bega bona ko cacai? yg poie sibuk mo new zealand napo.. tak po agenda eh.. yg poie soghang palestin tu.. yg menyokong eh tu.. ghamai yo.profesional... oghang lua memng nak pembangkang yg menerintah malaysia ni.. nak nengok tunggang langgang jadik eh malaysia ni.. memang la umno ni x la baik mano.. Tp ni la satu2 eh parti yg melayu.Islam yang kuek.. PAS ado? kono togor mo DAP langsung lombik yo..
jadi najib konolah istihar harto termasuk rosmoh cincin usd 24 juto. nampak2nya najib gagal lah tak buleh bertandinglah bu ubububu termasuk semua menteri2 bu bu bububu.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...