DENGUSAN HARIMAU MALAYA MALAM INI!

12 Dec 20121comments

Harimau Malaya akan berdengus hari ini dengan dengusan yang diharapkan mampu membuat Thailand pengsan dan kecundang. Selepas Singapura berjaya melangkah ke perlawanan Akhir, Anak buah Rajagopal dan para penyokong setia Harimau Malaya pasti mahu melihat Harimau Malaya bertemu dengan Singapura bagi perlawanan Balas Dendam.

Rentak dan irama yang sama seperti 2 tahun lepas hampir pasti didendangkan Harimau Malaya sekiranya berjaya membenam Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua ini dan akan bertemu lawan yang menumbangkan mereka pada perlawanan pertama kejohanan. Untuk rekod, pada kejohanan 2 tahun lalu, Malaysia tewas pada perlawanan pertama menentang Indonesia kemudian cemerlang merangkul kejuaraan pada siri itu dengan membenam Indonesia . Walau apa-apa pun doa harus dipanjatkan supaya Harimau tetap cergas memburu gol kemenangan! MHS ramalkan Malaysia 2 Thailand 0! 
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
19 March 2018 at 03:56

My best congratulations for your beautiful site! Perfect !!!

voyance gratuite par mail rapide

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team