HAMAS KELUAR KENYATAAN: MALAYSIA PATUT DICONTOHI!

11 Dec 20123comments


Pihak Hamas menyatakan Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara-negara Islam di seluruh dunia. Kesungguhan rakyat Malaysia memberi sokongan penuh perjuangan rakyat Palestin dalam jihad melawan musuh Allah dan Islam! 

Walaubagaimanapun, bukan sanjungan yang diperlukan Malaysia. Apa yang baik adalah, inilah pengorbanan sedikit dan sekelumit rakyat dan kerajaan Malaysia dalam membantu kerajaan Islam Palestin dalam perjuangan mereka. 

Sebuah negara Islam membantu negara Islam yang lain sememangnya telah lama dipraktikkan. Suatu ketika dahulu, semasa Kerajaan Islam Melaka diserang Portugis sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah pernah menghantar kapal membantu Kerajaan Islam Melaka. Begitu juga kini. Kerajaan Islam Malaysia juga pernah menghantar beberapa buah kapal yang dinamakan Flotila dengan kerjasama NGO-NGO antarabangsa sehingga krew-krew kapal diserang askar Israel. 

Beberapa hari lepas, konvoi sukarelawan Malaysia Kelab Putra 1 Malaysia KP1M diintip Helikopter Israel. Ini bermakna, nyawa sukarelawan Malaysia juga terancam. Namun demi perjuangan sesama Islam, kita perlu terus membantu! ALLAHUAKBAR! 



Kenyataan Akhbar - 

GAZA CITY - Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia, kata Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati.
Sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.
"Sebab itulah, kini ramai pelajar kami pergi ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan sarjana," katanya ketika menerima kunjungan hormat penasihat Yayasan Aman Global Perdana (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir di Hospital Al-Shifa' di sini pada Isnin.
Turut hadir pengerusi PGPF Tan Sri Norian Mai, presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan 58 sukarelawan misi kemanusiaan KP1M.
Dr Mufid juga menyifatkan Malaysia sebagai "saudara seagama rakyat Palestin" dan menyanjung tinggi segala usaha kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat Palestin, terutama dengan membekalkan keperluan perubatan.
Sementara itu, Mukhriz, yang mengetuai misi kemanusiaan tujuh anggota itu berkata, beliau yakin bekalan perubatan yang dibawa beberapa misi kemanusiaan Malaysia boleh membantu mengatasi kekurangan bekalan ubat-ubatan di Gaza.
Kali ini, kata beliau, PGPF menyerahkan 25 tan metrik bekalan perubatan bernilai lebih RM1.5 juta kepada Kementerian Kesihatan Hamas dan lebih banyak bekalan akan tiba tidak lama lagi.
"Anda mempunyai saudara di seluruh dunia, termasuk di timur jauh seperti di Malaysia, yang sentiasa ingin membantu anda dengan sedapat mungkin dan ini merupakan suatu usaha berterusan," katanya.

Abdul Azeez, yang mengetuai misi kemanusiaan KP1M pula berkata pasukan itu telah menyerahkan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan bernilai kira-kira AS$150,000 (RM450,000) kepada Kementerian Kesihatan Hamas.

Terdahulu, sukarelawan misi kemanusiaan KP1M mengunjungi hospital Al-Quds di Gaza dan menyampaikan sumbangan AS$10,000 (RM30,000) kepada hospital itu.

Misi kemanusiaan KP1M, dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, memasuki hari keempatnya hari ini. - Bernama
Share this article :

+ comments + 3 comments

11 December 2012 09:17

blog homesoil sudah dipaut ke medan tempur

Anonymous
13 December 2012 17:19

CONTOHILAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YG MASIH BOLEH BERJABAT TANGAN DENGAN PRESIDEN AMERIKA, PENYOKONG KUAT ISRAEL DI SAAT PALESTIN DIHUJANI DENGAN BOM DARI ISRAEL...HAI PM2...APA NAK JADI...

Anonymous
16 December 2012 00:35

Bila masa PM berjabat dgn obama masa gaza dihujani bom? Anuwar berjabat dengan pemimpin israel wolfwiz tu apa citer? Anuwar barua zionis! Tahniah cai cai pas,anda makan duit yahudi utk pru nanti

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team