NIK AZIZ,: AMBO AKAN TERUS MENANG ! @nikabdulaziz #PAKATAN

20 Dec 20126comments

Nik Aziz : " Bertanding politik BUKAN PERLU KEPADA TUBUH YANG SIHAT  tetapi akal yang sihat."

Lawak...

12 Ciri Pemimpin Yang Berwibawa Mengikut Al Farabi,

Bapa Psikologi ISLAM.


01 > Kemampuan Fizikal – Mempunyai tubuh badan yang sempurna, sihat dan bertenaga atau berkemampuan supaya dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.

02 > Daya Ingatan Yang Kuat – Baik hafalan (ingatan) mengenai sesuatu yang dia faham, lihat dan juga bukan seorang yang pelupa.

03 > Kecerdasan Akal – Baik kefahamannya dan dapat menggambarkan setiap sesuatu yang dilafazkan atau diucapkan, serta mengetahui apa yang harus dilakukan.

04 > Bijaksana – Bijaksana dan cerdik apabila mendengar sesuatu walaupun dengan reaksi saja, dia boleh memahami sesuatu perkara.

05 > Cintakan Ilmu Pengetahuan – Sangat suka atau berminat pada ilmu pengetahuan, senang menerima ilmu dan tidak berasa penat dalam menimba ilmu pengetahuan.

06 > Luas Pengetahuan Dan Peka Dengan Sesuatu Situasi Semasa – Dapat membuat penjelasan atau huraian yang jelas berhubung dengan sesuatu perkara yang berlaku secara cepat, jelas dan tepat.

07 > Bersederhana – Tidak bersikap buruk, lebih-lebih lagi dalam hal mengenai makan minum dan hubungan kelamin serta menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang hanya bersifat suka-suka.

08 > Cintakan Kebenaran – Memiliki sifat kebenaran dan mencintai kebenaran dan membenci sifat sebaliknya.

09 > Berhemah Tinggi – Memiliki jiwa yang besar atau berhemah tinggi hingga dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang remeh temeh.

10 > Tidak Membenci Kekayaan Dan Tiada Kepentingan Diri - Tidak berminat untuk mengumpulkan wang ringgit dan segala bentuk kekayaan dunia yang lain.

11 > Adil Kepada Semua Pihak – Bersikap pro keadilan dan anti kezaliman dan penindasan, tidak mudah dipengaruhi oleh perkara yang buruk, sebaliknya mudah diseru kepada kebaikan, keadilan dan seumpamanya.

12 > Berani Dan Berazam Tinggi – Mempunyai keazaman yang kuat dan berani mengahadapi sesuatu perkara yang dirasakan perlu dilakukan dan tidak mudah semangat atau jiwa.



Petikan akhbar: - 


KOTA BAHRU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan.
Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik.
"Insya-Allah...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung.
Ketika ditanya tentang kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya Umno menerima dasar Islam sebagai perjuangannya.
"Selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.- Bernama


Share this article :

+ comments + 6 comments

Anonymous
20 December 2012 07:22

apo kononyo tu. den kigho najib layi tak layak eh. ado rekod koto eh. semo oghang tau eh. comonyo oghang ameno tak teghimo konyataan ajo. den tak nampak nik aziz tak solat atau tak puaso. tapi sojak den kojo ngan najib dulu, dio jaghang2 solat. ketiko ado oghang dia solat lah gitu jugo den peghanah ke usa ngan najib den tau semuonyo laaa.

Anonymous
20 December 2012 07:42

Haha pencacai fitnah dahh. Fitnah najib x solat pulak,dulu kata org kapir, pastu doakan KO. Hahaha.

Anonymous
20 December 2012 10:01

Dah kojo pencacai gitu la deh... kot ekau ghaso najib x sengegheh... ekau poie la pangkah PR nun.. Ekau nun cam beghosih yo.. iyola tekau.. ekau kan antagho puak2 beghosih..tu yang peghasan beghosih yo tu... ekau membabi2 an BN tu beghosih bona hati tu? Ko kek ghumah ekau takdo ceghomin? mengigho doso oghang.. doso sendighi tak di apik an..

Anonymous
20 December 2012 22:20

ape punya jenis manusia la si nik ajis nie...merepek tk abis...ramai plak albahlol albengap yg dgr ckp dia plak tue...

Anonymous
21 December 2012 00:00

den kojo ngan sughat kabo sinar kek pwtc pau ameno bghu abis tu. ado sotongah2 ajk termasuk najib dia tak solat zuhur sebab mesyuarat sampai jam 5,30 ptng. yg den tengok kek bilik solat tu maso den solat ialah khir bharom maiden dan beberapa layi. tapi najib terus diatas pontas sampai selosai. yg dalam bilik solat adalah lebih kughang 15 orang ajo. kebanyakan ajk bukan musafir sebab mereka mustautin kek KL. den tak nak kato mereka tak solat tapi den ghagu eh. cakap pasal islam bodogar2 solat tah kemano eh.. den pun orang BN kito kono ingatlah sebab ghakyat tengok kito eh. sorry la den sontoh sikit jo ni. samo2 kito fikir eh.

Anonymous
21 December 2012 21:58

Sure ke ko org BN bro?? Skg ni mcm2 cerita d reka utk tujuan mgaibkan.. Bawa2lah bertaubat..sesungguhnya fitnah itu lagi besar dosanya dari mbunuh...

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team