Dikhabarkan rombongan Iblis Laknatullah ada 7 rombongan mengunjungi kita semasa
Sakaratul Maut...
MHS berkongsi untuk peringatan kita bersama...
Bacalah , ianya agak panjang, tapi sangat berguna menyedarkan kita...
Rasulullah S.A.W pernah
bersabda,
"Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan
ketika saat maut."
Iblis yang ditugaskan untuk mengganggu manusia ketika
Sakaratul Maut disusun menjadi 7 golongan....
Rombongan 1
Datang Iblis dengan pelbagai rupa seperti emas, perak, makanan dan
minuman yang lazat. Jika orang yang dalam Sakaratul Maut itu sewaktu hidupnya
sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka akan disogokkan
segala keperluan itu sehingga nyawanya terputus daripada tubuh. Inilah keadaan
mati yang lalai dan lupa kepada Allah S.W.T (kematian munafik dan fasiq).
Golongan yang gemar memasak jangan takut pula, semuanya bergantung kepada amal
kita di dunia ini.
Rombongan 2
Datang Iblis kepada orang yang sedang dalam Sakaratul Maut itu
menyerupai binatang yang paling ditakuti manusia seperti ular, singa, harimau,
naga, dinosaur, buaya, kala jengking yang berbisa. Maka orang itu akan meraung
sekuat hati. Saat itu terputuslah nyawa daripada badannya.
Rombongan 3
Datang Iblis Laknatullah yang menyerupai binatang yang amat diminati
oleh bakal si mati. Jika dia berminat kepada burung, maka syaitan akan menjelma
menjadi burung tersebut. Apabila tangan orang yang hendak mati itu ingin
memegang binatang kesayangannya itu, matilah dia dalam keadaan lalai dan lupa
terhadap Allah. Maka nerakalah tempat pengakhirannya. Bagi peminat kucing,
jangan risau..yang penting kita teguhkan akidah kita kepada Allah. Jangan kita
membenci pula kepada binatang ini kerana yang menentukan sama ada kita tergoda
atau tidak kepada godaan syaitan ini adalah iman kita kepada Allah.
Rombongan 4
Datang Iblis dalam bentuk manusia yang paling dibenci oleh bakal si
mati. Maka si mati itu akan berusahalah untuk menggerakkan tubuhnya bagi
melakukan sesuatu kepada orang yang dibencinya itu. Kemudian sewaktu itulah
maut datang dan matilah dia dalam keadaan fasiq dan munafiq.
Rombongan 5
Datang pula Iblis menyerupai orang yang kita sayang. Contohnya ayah,
ibu, nenek, atuk, adik, kakak, isteri dan sanak saudara. Iblis menjelmakan diri
mereka menjadi orang yang kita sayang dan membawakan kita air. Sedangkan ketika
itu kita sangat dahaga. Maka berkatalah Iblis,
'Wahai anakku, inilah sahaja minuman yang kami bawakan kepadamu dan
berjanjilah engkau akan menuruti kami. Engkau akan menyembah Tuhan yang kami
sembah, supaya kita tidak bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.'
Maka jika dia sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir panjang lagi.
Ketika waktu itulah dia mati dalam kekafiran yang nyata
Rombongan 6
Iblis akan datang menjelmakan diri menjadi ulama' yang membawa banyak
kitab. Dia cuba meragukan kita tentang Zat Allah serta memberi ceramah yang
mengelirukan. Maka kita pun akan ragu-ragu tentang kewujudan Allah dan akidah
kita selama ini. Dalam keraguan itu, Malaikat Izrail pun datang mencabut
nyawanya. Maka matilah dia dalam kekafiran dan kekallah dia dalam neraka.
Terhapuslah segala amalan baiknya ketika di dunia dahulu.
Rombongan 7
Rombongan terakhir Iblis adalah yang paling hebat. Rombongan ini terdiri
daripada 72 barisan ( sama seperti sabda Rasulullah S.A.W bahawa umat Islam
akan terbahagi kepada 73 barisan dan satu sahaja yang masuk syurga serta
selainnya masuk neraka. Mereka yang masuk syurga ialah mereka yang berpegang
kepada al Quran dan Sunnah ( Ahli Sunnah Wal Jamaah ).Ketahuilah sesungguhnya
Iblis Laknatullah akan menggoda manusia dengan 72 macam godaan. Setiap satunya
berlainan.
Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal
dunia itu kalimah ' La ilaaha illAllah' untuk menyelamatkan dirinya daripada
golongan Iblis yang sedaya upaya mahu menyesatkan umat manusia. Bersesuaian
dengan sebuah hadis yang bermaksud,
"Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir
mati itu :
La ilaaha illAllah"
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...