SOKONGAN CINA MENINGKAT? KESAN TAMPARAN HEBAT KEATAS DAP!

17 Dec 20120 comments


Petunjuk /Signal yang diberikan ahli DAP yang menolak kesemua pimpinan DAP berbangsa Melayu yang beragama Islam telah jelas di atas kiraan undi pemilihan pucuk pimpinan parti berkenaan. 

Namun dalam diam, petunjuk halus yang diberikan ahli-ahli DAP ini meyakinkan kaum Cina di Malaysia bahawa DAP sememangnya 100% memperjuangkan hak kaum mereka dan 'berkemungkinan' sokongan kaum Cina ke atas DAP yang ada pendapat radikal menyatakan 65%-70% telah berpihak kepada DAP di sesetengah kawasan-kawasan yang bermajoriti penduduk kawasan itu kini akan bertambah kepada 80%-85%. 

Hal ini jelas dengan pendirian DAP yang sememangnya radikal dan perjuangan mereka hanya berpihak kepada satu kaum sahaja.Memang itu matlamat mereka.  Kenyataan pemimpin-pemimpin mereka di dalam akhbar yang menyatakan parti itu diserang hebat oleh media adalah sebagai lakonan sahaja kerana sememangnya ianya menguntungkan DAP bagi meningkatkan sokongan Kaum Cina. Ingat, jika PAS bermain dengan sentimen Islam, DAP pula bermain dengan sentimen kaum Cina dan semangat kebangsaan Cina (Lihat Dong Zhong dan sbgnya) . 

Namun , sentimen orang-orang Melayu kepada DAP ternyata merudum dan bagi orang-orang Melayu, orang Melayu tidak bodoh sepertimana yang dipertuturkan oleh Tunku Aziz (orang Melayu yang pernah mendapat tempat paling tinggi dalam hirarki DAP) . 

Diharapkan orang-orang Melayu bersatu menolak DAP pada PRU 13 ini dengan memberikan petunjuk YANG JELAS KEPADA KAUM TERTENTU dengan KEKURANGAN Undi MELAYU pada pihak pembangkang! 



LAKONAN DAP DALAM AKHBAR SINAR:- 

"SEMANGAT DEMOKRASI DAP ADALAH UNTUK SATU KAUM SAHAJA! " -ANAK Lim Kit Siang

GEORGETOWN - Penasihat DAP, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan beberapa media yang cuba meniupkan api kemarahan rakyat terhadap parti itu apabila memutar belit fakta dengan menggambarkan seolah-olah DAP mengamalkan budaya anti-Melayu.
Kit Siang berkata, adalah tidak wajar menuduh DAP anti-Melayu apabila tiada calon Melayu tercalon jawatan penting dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16.
“Kita menerima keputusan dibuat perwakilan di kongres semalam (kelmarin). Dakwaan kita anti-Melayu tidak benar sama sekali. Gambaran yang dibuat salah, hanya kerana melantik dua wakil Melayu, DAP terus dilabelkan anti-Melayu.
“Kita mohon selepas ini media lebih bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang isu bagi menghentikan kebencian rakyat terhadap DAP,” katanya kepada media, semalam.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut menegaskan parti itu bukan parti anti-Melayu berikutan mempunyai ahli berbilang bangsa dan kaum termasuk di Sabah dan Sarawak.
“DAP adalah parti berbilang kaum. Kita membenarkan semua kaum menyertai parti ini demi perjuangan kita untuk membela nasib rakyat.
“Parti kita disertai kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya. Buktinya, wakil dari kaum Kadazan dan Iban berada dalam senarai CEC yang baru dilantik,” katanya.
Menurutnya, ia membuka keahlian kepada semua kaum dan DAP tidak patut digambarkan sebagai parti anti-Melayu hanya kerana tidak ada calon Melayu dipilih untuk CEC.
Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) juga tidak seharusnya mengkritik DAP hanya kerana melantik dua ahli Melayu ke dalam senarai CEC berikutan keputusan yang dibuat oleh perwakilan.
Guan Eng berkata, parti tidak boleh dipersalahkan kerana mengamalkan sistem demokrasi setelah keputusan dibuat melalui undian ahli.
“Mengapa harus mengkritik keputusan dibuat ahli parti sendiri? Walaupun ingin menonjolkan imej sebagai parti pelbagai kaum dan mahu beberapa calon Melayu terpilih dalam CEC, namun inilah dikatakan demokrasi. Kita tidak mengawal apa jua pilihan perwakilan serta perwakilan mana yang harus dipilih,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team