KENALI 10 AMALAN PENGHAPUS PAHALA YANG TELAH DIPEROLEH!

3 Dec 20120 comments




Disebabkan poster tidak berapa besar, MHS taip balik 10 Amalan sia-sia ini untuk renungan kita bersama: 
1. Seorang yang menunaikan solat sedangkan dia memakan harta yang haram
2. Seorang yang berpusa sedangkan anggota badannya melakukan perkara yang haram
3. Seseorang yang bersedekah untuk menunjuk-nunjuk
4. Seseorang yang berdakwah hanya untuk cari populariti
5. Seseorang yang berdoa tetapi tidak mendoakan ibubapanya atau orang lain
6. Orang yang membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib
7. Seseorang yang memberi salam kepada orang lain dengan tujuan bermain-main/
8. Orang yang melawat tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur
9. Seseorang yang mengundang seseorang tetamunya tetapi tidak melayannya
10. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya dengan hanya bersuka ria.


Penerangan Poster
Sunnah Rasulullah s.a.w “Ya Rasulullah ,
Point no 1: Rasulullah SAW bersabda, “Ibadah yang disertai dengan memakan (makanan) yang haram sama saja seperti (mendirikan) bangunan di atas pasir.”
(Al-Bihar 103 : 16)Point no 2 : Lihat Latho’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah
Point no 3 : segala amalan syirik tidak diterima Allah bahkan berdosa. “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
Point no 4 : Imam Ghazali didalam kitab Minhajul Abiddin beliau menyatakan ” Sesipa yang menuntut ilmu Akhirat semata-mata bagi tujuan untuk mendapat habuan Dunia jangan hendak masuk syurga.
Point no 5,6,7,9 dan 10 : petikan dari seorang ulama hadith “Sufyan Ats-Tsauri”
Point no 8 : Amalan mempersendakan salam adalah berdosa, dan salam itu pun tak wajib dijawab. lihat : http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=21&j=1
Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team