HADI AWANG TIBA-TIBA RISAU PASAL PLKN?

6 Dec 20120 comments





KUANTAN: Sebanyak 11 kem yang mengendalikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditutup sejak PLKN diperkenal pada 2004, atas pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengusaha kem terbabit. 
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, tindakan itu bagi memberi ingatan kepada pengusaha lain supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan JLKN dalam mengendalikan kem dan pelatih. 
"Ia juga sebagai mesej kepada pengusaha kem bahawa JLKN tegas dan tidak sesekali berkompromi dalam isu keselamatan dan kebajikan para pelatih yang mengikuti latihan PLKN' di seluruh negara. 
"Kita juga mahu menunjukkan kepada masyarakat, khususnya ibu bapa pelatih bahawa keselamatan anak-anak mereka di kem latihan sentiasa diutamakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Komandan Kem PLKN 2012 di Cherating, dekat sini, hari ini. 

Katanya, dua daripada kem yang ditutup adalah di Pahang iaitu di Rompin dan Bentong, manakala kes terbaru ialah di Kuala Kangsar, Perak selepas kem berkenaan didapati melanggar terma dan syarat yang ditetapkan JLKN. 

Mengulas mengenai aktiviti air yang akan dilaksana di kolam renang mulai tahun depan, Abdul Hadi berkata, pengusaha diberi pilihan sama ada membina sendiri kolam berkenaan di kem masing-masing atau menyewa kolam renang berdekatan kem mereka. 

"Ini kerana pembinaan sebuah kolam renang bagi memuatkan semua pelatih PLKN dalam satu-satu masa akan membabitkan kos yang tinggi iaitu kira-kira RM1.5 juta untuk sebuah kolam," katanya. 
Aktiviti air di kolam semula jadi terpaksa dihentikan seketika bagi menjaga keselamatan pelatih PLKN berikutan insiden kematian seorang pelatih, R Vinoth dari kem Terkok, Sungai Siput, Perak, akibat kencing tikus pada 12 Mac lalu. 

Abdul Hadi berkata, sebanyak 42,000 pelatih yang lahir pada 1995 dari seluruh negara akan dipanggil menjalani PLKN Kumpulan 1 Siri 10/2013 mulai 3 Januari ini. 

"Bakal pelatih boleh mula membuat semakan bermula hari ini menerusi laman web Khidmat Negara iaitu di www.khidmatnegara.gov.my atau hubungi talian 03-40274000," katanya. 

Pada majlis itu, Abdul Hadi mewakili semua 81 kem PLKN di seluruh negara menyampaikan cek sumbangan bernilai RM20,000 kepada Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif, Mohd Isa Maaroff untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. 

-BERNAMA

P./S ingatkan Hadi Awang PAS. Hadi Awang Pas memang tak hiraukan langsung PLKN nih... dia anggap Latihan Khidmat Negara ni macam langau jer...  

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team