Ibarat Gajah sudah ditumbangkkan, tapi dagingnya liat dikunyah harimau!

9 Dec 20120 comments

Sedikit kecewa tetapi persembahan yang mantap telah dipamerkan oleh Anak buah Rajagopal. 1-1 keputusan yang kebanyakan rakyat telah tahu . Harimau Malaya pada awalnya mendahului ternyata tidak mampu menahan asakan si gajah setelah pertukaran corak permainan dipamer Thailand mengasak bertubi-tubi sehingga dapat menjaringkan gol penyamaan. 

Walau apapun, Thailand sebenarnya telah meletakkan pasukan terkuatnya setelah ketinggalan 1-0 di tangan Malaysia dengan beberapa pertukaran dengan tonggak utama Thailand dimasukkan. Kalau diperhatikan , itulah kekuatan Thailand yang boleh dianalisa oleh Pasukan Raja Gopal sebagai ramuan terbaik memastikan Pasukan Harimau Malaya melangkah ke Final sekaligus mempertahankan kejuaraan. 

Pada perlawanan semalam , Malaysia banyak dibelenggu kecederaan. Diharapkan pemain-pemain bintang Malaysia dapat diturunkan menentang Thailand di tempat lawan dan seterusnya bermain pada perlawanan akhir! 

Ibarat Gajah sudah ditumbangkkan, tapi dagingnya liat dikunyah harimau! 
Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team