KENALI KHASIAT BISMILLAH YANG RAKYAT MALAYSIA PERLU AMALKAN!

26 Dec 20125comments


 Kalimah Bismillah adalah singkatan daripada lafaz 


 “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang” 

MHS yakin sekiranya seluruh umat Islam di Malaysia mengamalkan amalan "Bismillahirrahman nirrahim " umat Islam di Malaysia akan dilindungi ALLAH dan Allah sentiasa kasih dan sayang kepada kita.....

Antara kelebihan-kelebihan Bismillah ialah : 

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah S.W.T. turunkan melalui pengantaraan Jibrail. 

2. BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi) 

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
 
4. Demi Allah dan keagungan-Nya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri keberkatan ke atasnya. 

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. 

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas‘ud berkata : "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari." 

7. Setiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Sesiapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya. 

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. 

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan 
terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala. 

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

12. Ucapkan salam dan Bismillah setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian. 

13. Bacakan Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya. 

15. Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya. 

16. Lafaz Bismillah jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, inysallah penyakitnya akan sembuh. 

17. Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca Bismillah apabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari terbenam.


http://pemaniskata.blogspot.com/2012/04/17-kehebatan-khalimah-bismillah.html#ixzz2GAAdoN4c
Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
26 December 2012 05:59

surah At-taubah jer xda bismillah....mengapa?

Anonymous
26 December 2012 08:51

ado ko rosmoh yg tak tutup aurat tu baco bismillah sotiap kali nak makan minum?

GotYou!
26 December 2012 09:23

Pertanyaan yang bangang dari orang yg bangang! Anon 08:51...kau brp kali baca Bismillah dalam sehari? Cukup solat 5 waktu? Dah bersih suci seluruh hati nurani sehingga mempersoalkan Bismillah orang lain? Nah ambik cermin!

26 December 2012 16:44

anon 08:51 adalah refleks kepada pencacai PAS. lebih risaukan orang lain daripada tanggungjawab sendiri. kalau membina tak ape.niat utk jatuhkan air muka

Anonymous
26 December 2012 21:42

sharizat pun juga tak tutup aurat pakai tudung nampak jambul dia bila nak makan dan minum baca bismillah juga ke? hasil rompak duit kerajaan..makan hasil tu baca bismillah ke? sorry eh orang2 umnu.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team