0.05% GURU DISARAN DAPATKAN RAWATAN PSIKIATRIK

12 Dec 20121comments

Seramai 235 orang guru atau lebih kurang 0.05% guru didapati perlu mendapatkan rawatan psikiatrik. Ada di antara mereka menghadapi gangguan emosi dan mental yang serius atau terpengaruh dengan gejala tidak bermoral LGBT.

Nauzubillah. Kerajaan perlu memandang serius akan perkara ini jika ia melibatkan gejala songsang LGBT. Hal ini kerana guru merupakan agen perubahan masyarakat. Tidak perlu sampai 235 orang, cukup seorang guru mampu untuk mengubah lanskap sosial pelajar dan apatah lagi 235 orang! 

Guru muda juga perlu diberi motivasi dan ilmu agama yang tinggi agar mereka dapat mendidik anak-anak bangsa dengan betul dan tidak menyimpang. Walaubagaimanapun, MHS nampak , guru-guru tertekan disebabkan masalah pelajar yang kompleks! 

ganbar hiasan: Ibu bapa tidak rela dan menolak fahaman LGBT yang cuba dihalalkan oleh parti tertentu di Malaysia


Sedutan Berita


 KUALA LUMPUR - Hanya 235 guru atau 0.05 peratus didapati bermasalah dan kini dimasukkan ke Jawatan Kumpulan selain disaran mendapatkan rawatan psikiatrik.
   
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata perkembangan guru terbabit dipantau oleh pentadbir sekolah yang menyediakan laporan berkala kepada pihak berkepentingan termasuk Bahagian Psikologi dan Kaunseling kementerian.   

Kementerian menyediakan perkhidmatan sokongan sosial menerusi kaunselor organisasi secara berterusan bagi membantu guru yang menghadapi gangguan emosi dan mental yang serius atau terpengaruh dengan gejala tidak bermoral seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), katanya hari ini.
   
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Johari Mat pada persidangan Dewan Negara di sini yang ingin tahu bentuk pemantauan yang dilakukan kementerian terhadap guru yang bermasalah atau terpengaruh LGBT.
   
Kata Mohd Puad, hasil intervensi kementerian, bilangan guru yang menghadapi gangguan mental berkurangan kepada 530 orang sahaja setakat ini, berbanding 774 pada 2009 dan 747 pada 2010.

Menjawab soalan tambahan Senator Jamilah Sulaiman, beliau berkata hanya 23.52 peratus guru menghadapi gangguan mental akibat stres organisasi iaitu tekanan kerja berbanding 76.47 peratus kerana faktor keturunan dan gangguan personaliti sebanyak 52.94 peratus.
   
"Dalam membantu meringankan beban guru pula, kementerian melalui jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru sentiasa mengambil tindakan terhadap syor-syor yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan beban tugas warga pendidik negara ini," katanya.
   
Ini katanya termasuk menetapkan guru hanya bertugas pada hari Sabtu sahaja dan menyediakan kakitangan sokongan supaya guru tidak melakukan tugas pengkeranian atau penjagaan stor sekolah. - Bernama

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
14 December 2012 at 09:12

odo..sebab apa guru2 jadi gitu? kmntrian pelajarn lah yg brtanggungjawab. jangan bodo sangatlah.lgbt tu cetusan idea amenongoklah.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team