TIPS@MHS : JAGA KAKI SAMA PENTING DENGAN JAGA MUKA!

19 Dec 20120 comments

Ramai orang lebih mementingkan muka dari segala-galanya. Muka cantik, tapi kaki...phewwww, memang terbaik. 
Kaki merupakan anggota badan yang paling penting dalam mempengaruhi personaliti dan aktiviti seharian kita. Namun kita selalu mengabaikan anggota badan tersebut. Tahukah anda cara memanjakan anggota badan berkenaan? MHS ada tipsnya.
 Credit should go to ujanasihat.com for the interesting tip! 
Berikut ni adalah 6 tips @ cara bagaimana menjaga kesihatan kaki.
1. Awasi berat badan
Obesiti dikaitkan dengan ‘osteoarthritis’ (kehilangan tulang rawan) yang biasa dipengaruhi lutut dan pinggul.Terlalu banyak atau berat beban, boleh mengakibatkan pembuluh darah pada kaki mengembang (varicose).Dianggarkan kira-kira satu daripada tiga wanita menderita pembuluh darah mengembang.
2. Berjalan kaki secara teratur
Berjalan adalah cara terbaik untuk menggerakkan otot kaki dan mengurangkan lemak pada tubuh. Cara berjalan yang betul ialah berjalan tegak, rata dan santai. Elakkan berjalan menunduk kerana ini akan membuatkan tengkuk anda membongkok.
3. Mengangkat kaki
Berdiri atau duduk sepanjang hari boleh menyebabkan kaki dan pergelangan kaki membengkak. Pada kebiasaannya, ketika berjalan darah dipamkan kembali ke jantung. Oleh itu,angkat kaki ke dinding atau permukaan lain (ketika duduk atau semasa baring ) hanya 10 minit sehari sudah pasti boleh membantu.
4. Lakukan regangan setiap hari
Lakukan regangan dengan sasaran pada otot pinggul, betis dan tendon ‘achilles’.Cubalah untuk meregangkan kaki setiap hari setelah mandi air suam.
5. Basuh kaki dengan air sejuk
Basuh kaki dengan air sejuk dapat meningkatkan peredaran darah. Para atlet sering merendam kaki mereka di dalam ais setelah tamat latihan berat untuk mengurangkan pembengkakan dan rasa sakit.
6. Kurangkan pemakaian kasut tumit tinggi
Kebanyakan wanita memang sukakan kasut tumit tinggi kerana ia membuatkan penampilan diri kelihatan lebih seksi & bergaya. Namun, pemakaian kasut jenis ini akan menyebabkan perubahan pada struktur tulang kaki kerana kaki dipaksa masuk ke bahagian hadapan kasut yang lebih runcing. Akibatnya tulang bahagian belakang kaki membesar dan menyakitkan.
Mungkin anda tidak tahu bahawa berkasut tumit tinggi juga boleh menimbulkan masalah dalaman wanita seperti kencing yang tidak lawas kerana perubahan struktur pinggul !
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team