UMNO REBORN! Jauhari yang mengenal Manikam #PAU2012

2 Dec 20120 comments


Bagi MHS, hanya Jauhari sahaja yang mengenal manikam. Itulah yang dapat disimpulkan daripada perhimpunan Agung UMNO yang baharu sahaja selesai. 

Berfokuskan kemenangan PRU-13 , kesedaran terhadap kelemahan dan kekuatan diri dan parti amatlah penting. Apa yang menakutkan adalah sekiranya kita tidak mengetahui kekuatan dan kelemahan kita. Najib nampaknya tahu akan hakikat ini. Beliau kenal akan partinya. Kenal akan manikamnya.

Apa yang lebih penting, perwakilan yang merupakan pemimpin akar umbi di kawasan masing-masing sedar akan tanggungjawab dan perjuangan terhadap Agama, Bangsa dan Tanahair. Apa-apa pun kita doakan semua yang terbaik buat Agama , Bangsa dan Tanahair kita. 

Kesimpulan, jikalau Harimau Malaya boleh Bangkit, apatah lagi UMNO ! UMNO nampaknya sudah bangkit! 

Petikan Akhbar: 
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO yang baru sahaja selesai menjayakan perhimpunan agung kini berada dalam keadaan cukup bertenaga dan cergas sepenuhnya untuk turun ke medan Pilihan Raya Umum Ke-13.
Katanya, hal sama juga berlaku kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sekali gus membuktikan kesungguhan parti itu menterjemah sokongan rakyat melalui mandat besar dengan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurut Najib, UMNO dan BN sudah belajar daripada mimpi ngeri tsunami politik 2008 dan kini bangkit membuktikan kepada rakyat melalui pelbagai dasar transformasi untuk memastikan kesinambungan kerajaan sekarang kekal berterusan.
Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi BN tetap memberi ingatan kepada seluruh parti komponen supaya menggunakan baki masa yang masih ada untuk memastikan 'sifar masalah' baik melibatkan isu dalaman atau masalah antara parti komponen.
"Selepas tiga hari UMNO bersidang, saya boleh laporkan bahawa UMNO merupakan parti yang sudah kembali bertenaga dan cergas sepenuhnya untuk menegakkan perjuangan kita dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kini, parti Parti Progresif Penduduk (PPP) pula bersidang di dewan yang sama (Dewan Merdeka). Saya lihat PPP juga kembali bertenaga dan cergas dan ini ramuan yang amat penting," katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN.
Najib menambah, selaku sebuah parti dengan keluarga besar iaitu sebanyak 13 parti komponen, jumlah itu merupakan kekuatan BN yang langsung tidak mampu ditangani pembangkang serta mesti diterjemah dalam bentuk sokongan rakyat.
Sehubungan itu, beliau mahu seluruh komponen BN bergerak sebagai sebuah parti yang tersusun dengan objektif, kesepaduan serta kesefahaman jitu supaya segala dasar kerajaan dapat dipusatkan mengikut keperluan dan aspirasi rakyat yang mahu kepada transformasi.-utusan- 

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team