SAINTIFIK ALAM: PENJELASAN BUMI BERGELAP (TIADA SIANG) PADA 23 DISEMBER INI...

17 Dec 20121comments


Artikel 1: Problem Statement 

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.



ANALISIS
Merujuk kembali ke Teks #1.
Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Perenggan di atas menyatakan pihak NASA yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Jika kita menggunakan sebuah utiliti di internet yang dipanggil sebagai Google, dan cuba buat carian, kita akan dapati rupa-rupanya isu '3 days of darkness' (apabila diterjemah ke bahasa inggeris)  ini dikaitkan dengan sebuah komet bernama Komet Elenin yang dijangka berlaku pada TAHUN LEPAS…. LAST YEAR…. bukan 2012. 
Sila rujuk informasi berkenaan dengan Komet Elenin di sini
Maknanya, isu ini pernah pun muncul di internet pada tahun 2011 lepas, tetapi dikaitkan dengan kemuncul Komet Elenin.

(Foto yang dirakam oleh astronomer amatur, Michael Mattiazzo dari Castlemaine, Australia yang menunjukkan 2 keadaan Komet Elenin (19 Ogos dan 6 Sep, 2011), yang jelas menunjukkan kesan-kesan ia sedang menghancur. CREDIT: Michael Mattiazzo)
Oleh itu, saya sendiri kurang pasti, hujan tak ada ribut tak ada, tiba-tiba datang pula tarikh 23,24 dan 25 Disember tahun DUA RIBU DUA BELAS (2012) itu muncul! Apa yang pasti, kebanyakkan artikel di internet ni, ikut suka dia nak tukar-tukar tahun atau tarikh. Bila sesuatu 'tarikh keramat' tu dah berlalu tanpa apa-apa berlaku, tiba-tiba tahun depan keluar lagi cerita yang sama, tapi tahun yang baru.

Penjelasan Lanjut..sila layari:   Falak Online
Share this article :

+ comments + 1 comments

19 December 2012 at 19:48

tak pasti bila......

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team