TATKALA DAP MAHU KURANGKAN PERJAWATAN DI DALAM SEKTOR AWAM, KERAJAAN MASIH SUDI SAMBUNG KONTRAK 45K KAKITANGAN AWAM !

27 Dec 20127comments


Tatkala PR yang diketuai DAP mahu mengurangkan perjawatan di dalam sektor awam dan kementerian pertama yang akan dikurangkan adalah Kementerian Pendidikan (guru-guru) serta mereka yang berstatus kontrak!  
Tony Pua (DAP) dakwa  ada cara untuk kurangkan penjawat awa m Kerajaan Malaysia
Kerajaan Barisan Nasional akan menyambung kontrak 45,000 kakitangan awam yang berstatus kontrak. 

Petikan Berita: 


KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini mengumumkan kontrak 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi.

   

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kontrak mereka akan diperbaharui mulai 1 Januari sehingga hujung bulan Jun nanti.
   
"Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebenaran ini, kesemua mereka akan mendapat surat penyambungan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini hari ini.
   
Beliau mendapat keputusan itu dalam minggu ini dan pengumuman itu akan memberi harapan baru kepada 45,000 kakitangan kerajaan yang bimbang dengan masa depan mereka ekoran kontrak bakal ditamatkan pada hujung tahun ini.
   
Omar juga meminta jasa baik kerajaan untuk membenarkan kakitangan kerajaan yang mempunyai rekod baik mengambil cuti tanpa rekod selama 10 hari.
   
Katanya, selain itu cuti tanpa rekod juga perlu diberi kepada ibu-ibu yang terpaksa menjaga anak yang sakit.



"Setahun ada 25 hari, kalau anak kena kuarantin 10 hari, kaum ibu kena ambil cuti 10 hari dan tinggal 15 hari sahaja, kalau tidak cukup cuti, kena ambil cuti tanpa gaji," katanya.
   
Beliau juga meminta penjawat awam yang mahu menunaikan umrah dibenar mengeluarkan caruman daripada simpanan gratuiti perkhidmatan antara RM5,000 dan  RM10,000.
   
Wang tersebut boleh diganti semula selepas mereka bersara nanti menggunakan duit pencen mereka, katanya.
   
"Cara ini lebih sesuai kerana kakitangan kerajaan tidak mempunyai KWSP tetapi mempunyai simpanan gratuiti perkhidmatan," katanya.
   
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan orang ramai mengeluarkan wang daripada akaun kedua mereka untuk menunaikan umrah.



Cuepacs juga hari ini sebulat suara mengusulkan kepada kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
   
"Kajian terperinci perlu dibuat kerana ada kamera yang dipasang di kawasan yang tidak mempunyai data kemalangan, kawasan yang kerap kemalangan pula tidak dipasang," katanya.
   
Omar turut melahirkan rasa simpati terhadap pemandu jabatan kerajaan yang dipaksa membayar sendiri saman sedangkan mereka disaman kerana mematuhi arahan ketua yang menaiki kenderaan berkenaan.
   
Beliau memohon supaya saman had laju termasuk daripada AES dalam kes-kes seumpama itu dibayar oleh jabatan masing-masing.
   
"Mulai sekarang, biarlah yang membayar saman ini terdiri daripada pihak jabatan. Pemandu dengan upah RM800 ke RM1,500 sebulan, mana nak mampu bayar saman 2-3 kali sebulan sedangkan mereka dipaksa (memandu) laju kerana mengikut arahan," katanya. - Bernama
Share this article :

+ comments + 7 comments

Anonymous
27 December 2012 at 20:58

inilah bodonya kerajaan BN. 70 ribu graduan universiti sekarang meganggur apa yg bn buat. kerja nak rompak duit rakyat aje tak fikirkan nasib rakyat. tak tahu mmrintah boleh bungkuslah cepat2. buuuyyuuubuuuu .

Anonymous
27 December 2012 at 22:05

Blaja tinggi2 tapi bodo nak mampps... berselerak keje kat lua sana.. Yg ko duk mengharap bn gak dptkn ko keje? Ni la pencacai yg bangang.. Apa rompak duit.rakyat lak? bangang punya statement..

Anonymous
27 December 2012 at 23:12

najib altantuya ngan bininya lagi bodo lah kalu gutu? sobab najib takdo kelulusan. bini ado kelulusan tapi cukup2 makan jo. ekau tak baco ko dalam utusan meloya yg graduan tak dopet kojo sampai 70 ribu oghang? apo punyo bagang manusio macam ekau ni. tak ikut paerkembangan eh. oghang amenongok memang bongok tak ghoti baso.

Anonymous
27 December 2012 at 23:18

semalam ketua menteri melaka rompak duit. duit tu adalah duit dermo orang ramai untuk rakyat pelastin. tengok tu..duit orang sodokah pun dio kobas. orang nak bantu pelastin dio bantu poghot boroi dio lak. nilah dio yg dikatokan perompak. sila baca sinar harian.

Anonymous
28 December 2012 at 01:27

haghi ni ketuo amenongok bahagian pandan keno penjaro 8 taun dan dendo 1 juta sebab rasuah. kan den dah kato amenongok memang jahat kaki kobas duit rakyat. kaki songlap. kaki penipu bohong. itu ko nak pejuang nasib rakyat. itu yg kocik2 jo yg bosa tak di tangkap.

pas pembongak
28 December 2012 at 07:16

Inilah fitnah2 yg ditabur pencacai2 pasngok. Tunggulah azab ALLAH

Anonymous
28 December 2012 at 19:42

apo fitnah? ekau tak baco sinar harian ko? bukolah sikit otak tu. berdoa kpd Allah agar dopet hidayah yg selamo ini kito ditipu.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team