Jelebu - Kemarahan orang ramai terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung kenyataannya yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, hanya sandiwara UMNO belum reda dengan pelbagai pihak terus berhimpun dan membuat laporan polis.
Di JELEBU, lebih 100 orang mengadakan demonstrasi bagi membantah kenyataan biadab Tian Chua sebelum membuat laporan terhadap pemimpin PKR itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu.
Yang turut sama dalam demonstrasi di tapak Pasar Tani Kuala Klawang ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). -Berita-
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...