MENTERI PERTAHANAN CABAR TIAN CHUA DAN NURUL IZZAH SERTAI OP DAULAT! #prayforsabah #lahaddatu

12 Mar 20132comments

Add caption

Zahid cabar pihak perlekeh ATM, PDRM sertai Ops Daulat

KUALA LUMPUR 12 Mac - Mana-mana pihak yang berterusan memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan negara dalam Ops Daulat diminta mendaftar diri ke kawasan operasi berkenaan bagi berdepan dengan pengganas Sulu bersenjata.

Kenyataan tegas itu dibuat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran masih terdapat pihak-pihak tertentu khususnya kelompok media sosial melontarkan kritikan termasuk hinaan terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat mematahkan serangan pengganas di Sabah.
"Masih ada segelintir yang menghina, memperlekeh pasukan ATM dan PDRM. Saya harap mereka ini akan pergi ke kawasan-kawasan operasi berkenaan.

"Saya akan minta ATM sambut mereka dan lepaskan mereka ke barisan hadapan untuk menghadapi penceroboh-penceroboh ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi semasa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Yang turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Pengerusi LTAT, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dan Ketua Eksekutif LTAT, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Ahmad Zahid berkata, walaupun mendapat kritikan dan hinaan, moral pasukan keselamatan negara dalam melaksanakan Ops Daulat masih tinggi.

"Untuk itu saya juga berharap perkara sama dapat diterjemahkan oleh rakyat,’’ jelasnya. - UTUSAN

Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
12 March 2013 at 04:22

saya sokong kenyataan di atas... mana2 kaki kutuk kat face book tu blh bg nama tak kira lelaki atau perempuan boleh di hantar ke lahat datu...ataupun kesan je diorg kat mana diaorg tinggal dan heret diorg ni pergi secara paksa.. aku nk tgk berani atau belum apa2 dah tercirit dlm seluar atau kain

Anonymous
12 March 2013 at 17:27

Apa lah korang ni. Dia org kata mungkin konspiraei kerajaan. Jd siasatlah. Bukan diaorg hina pasukan keselamatan.jgn lah tabur fitnah.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team