BERITA GEMBIRA UNTUK PEJUANG NEGARA, PAHLAWAN NEGARA!! ALLAHUAKBAR!!#prayforsabah #lahaddatu

11 Mar 20130 comments


Kita sediamaklum bahawa pengorbanan pejuang-pejuang negara dan pahlawan negara di seluruh negara memang tidak boleh disukat dan dibeli dengan wang ringgit. 

Jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan mereka selama ini demi melihat negara dan rakyat terjamin keselamatan. 

Namun penghargaan pihak kerajaan di dalam menghargai pengorbanan mereka dengan penyemakan semula gaji anggota PDRM dan ATM amatlah dipuji. Semoga nasib mereka yang sentiasa menyabung nyawa di perbatasan sentiasa dibela. Allahuakbar, Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka... 


Semua pangkat ATM, PDRM disetarakan dengan perkhidmatan am

PUTRAJAYA 11 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semua pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan perkhidmatan awam am selaras dengan perubahan lapisan serta gred jawatan atau gred gaji.

Pengumuman Perdana Menteri itu mencakupi perubahan skop, fungsi, tugas, struktur pangkat juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

Contohnya kata Najib, pangkat koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 kini disetarakan dengan gred 22 perkhidmatan awam am.

Pangkat sarjan yang dulunya gred 27 kini disetarakan dengan gred gaji 29 perkhidmatan awam am.
Manakala bagi pangkat kapten dalam ATM dan Penolong Penguasa Polis dalam PDRM yang sebelum ini gred gaji 41 kini disetarakan kepada gred gaji 44.

Bagi pangkat mejar dalam ATM dan Timbalan Penguasa Polis pula akan disetarakan dari gred gaji 41 kepada 46A.

Pangkat kolonel dalam ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis (PDRM) disetarakan dari gred gaji 48 kepada gred 52. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130311/dn_35/Semua-pangkat-ATM-PDRM-disetarakan-dengan-perkhidmatan-am#ixzz2NCsAgSyO
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team