#LAHADDATU : JASA PASUKAN PDRM !! ANDA WIRA DAN PAHLAWAN RAKYAT!!

4 Mar 20130 comments

Pasukan  PDRM  sering menjadi bahan tawa PEMBANGKANG seperti di bawah..




MEREKA JUGA SELALU DIGELAR ANJING KERAJAAN .....

NAMUN TAHUKAH ANDA , MEREKA SANGGUP MENGGADAI NYAWA DEMI KEAMANAN KITA.... .........

Pegawai PDRM yang gugur .... 

1. Insp. Zulkifli Mamat (VAT69 Police Commando)
2. Koperal Sabarudin Daud ( vat69 Police Commando)
3. Pegawai cawangan khas Bukit Aman, Superitendan Ibrahim Lebar
4. Ketua cawangan khas daerah Semporna, Asisten Superitendan Michael Padel
5. Pegawai cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Baharin Hamit 
6. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Sarjan Aziz Sarikun 
7. Anggota cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Koperal Salam Tongiran 
8. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran. 


AL-FATIHAH -

DAN BERIBU-RIBU LAGI ANGGOTA POLIS YANG SEDANG MEMPERTAHANKAN NEGARA BERSAMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA..... .ANDA PEJUANG RAKYAT TULEN!!!

PERANAN CAWANGAN KHAS (SB)
Menangani Elemen Pengganas

1. Sejak penubuhannya, Cawangan Khas telah memainkan peranan penting dalam menentang dan menyekat ancaman dari Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga membawa kepada kekalahan dan pengunduran pengganas komunis pada tahun 1960. Usaha pembanterasan ini diteruskan sehingga ke peringkat akar umbi dan akhirnya membawa kepada perjanjian damai dan perletakan senjata oleh pengganas komunis pada 2 Disember 1989. Selain pembanterasan elemen pengganas komunis di Semenanjung Malaysia, ancaman komunis di Sarawak juga berjaya ditumpaskan sehingga membawa kepada penyerahan diri 52 orang saki baki pengganas komunis dari Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) pada 17 Oktober 1990. Perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Thai dan PKM pada 2 Disember 1989 telah berjaya menghapuskan ancaman militan komunis yang telah wujud selama 41 tahun. Tamatnya ancaman tersebut telah berjaya menaikkan imej negara dan Cawangan Khas di mata dunia.

2. Pengalaman pertama Cawangan Khas dengan ancaman pengganas adalah sewaktu menghadapi insiden Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur ditawan oleh Tentera Merah Jepun (JRA) pada 4 Ogos 1975. Hasil peranan aktif yang dimainkan oleh Cawangan Khas, 52 orang tebusan berjaya dibebaskan dan lima elemen JRA telah dihantar pulang ke Libya.

3. Peredaran zaman turut mempengaruhi corak ancaman keselamatan negara. Elemen pengganas bersifat lebih kompleks dan global. Jaringan perhubungan ahli-ahli Jemaah Islamiah (JI) dengan kumpulan Teroris Antarabangsa, Al-Qaeda, Darul Islam dan Kumpulan Abu Sayyaf menjadikan kumpulan militan JI sebagai ancaman yang paling serius dan berbahaya. Operasi-operasi yang dijalankan oleh Cawangan Khas dengan kerjasama agensi perisikan luar sejak 2001 hingga 2009 telah berjaya membawa kepada beberapa siri tangkapan pemimpin/ketua elemen kumpulan militan terbabit.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team