MHS ingin membawa pembaca mengenai konsep Hijrah Nabi Muhammad SAW dari segi sejarah dan maknanya yang tersirat.Artikel ini sedikit ilmiah tetapi sangat penting untuk kita soroti dan fikirkannya.
Hijrah Nabi Muhammad SAW tidak akan terjadi TANPA:
1) Perancangan yang bijak dan teliti.
2) Sikap pengorbanan Pemimpin dan orang yang dipimpin.
3) Kebijaksanaan pemimpin.
Hijrah Nabi Muhammad bukan sahaja berpaksikan kerana takutkan ancaman Quraisy tetapi menjadi strategi Nabi Muhammad SAW sendiri untuk melakukan keberkesanan di dalam perjuangan baginda bagi kebaikan umat Islam sejagat sehingga hari ini.
Hijrah Nabi Muhammad bukan untuk jangka masa yang singkat. Ia jelas terbukti kesan Hijrah Nabi Muhammad telah menyebabkan umat Islam membina Tamadun Islam yang agung (Madinah) sehingga terbentuknya piagam Madinah, dikatakan Perlembagaan Negara yang pertama di dunia.
Hijrah Nabi Muhammad juga telah menyebabkan puak-puak yang bersengketa bersatu. Masyarakat Islam bersatu padu menentang musuh yang nyata.
Hijrah Nabi Muhammad juga telah berjaya mengembangkan Islam dari sebuah agama yang kecil sehingga berkembang menjadi sebuah agama yang besar yang dianuti masyarakat 2/3 dunia pada suatu ketika.
MAKSUD HIJRAH
Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah daripada satu keadaan kepada suatu keadaan yang lain yang lebih baik. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.
Petikan Hadis:
"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Alah" (Hadis Riwayat Abu Dawud)
Dalam konteks ini, Hijrah membawa kesan yang positif yang:
1. Telah dianalisa kesannya dan impaknya perlulah positif (sebagaimana Analisa Nabi Muhammad SAW penghijrahan akan menyebabkan Islam berkembang) .Secara tidak langsung, Nabi Muhammad telah melakukan impak analisa terhadap keputusan dan tindakan yang baginda akan lakukan.
2. Telah dirancang dengan teliti , betul dan tepat untuk kemaslahatan UMMAH.
3. Bukan bersifat terburu-buru dan tergesa-gesa.
4. Hijrah membawa kesan yang positif kepada POLITIK, SOSIAL dan EKONOMI Islam.
Hijrah tidak hanya bermaksud "BERUBAH" semata-mata. Perubahan yang tidak diteliti dan menyebabkan kegagalan ummah dan perpecahan yang melampau di kalangan orang Islam bukan berkonsepkan Hijrah Rasulullah.
Mari kita soroti Faktor Hijrah:
1) Sebelum Hijrah kegiatan dakwah dan amalan ibadat tidak boleh dilakukan secara bebas
2) Sebelum Hijrah , masyarakat Arab berpecah belah.
3) Sebelum Hijrah, Masyarakat Islam diseksa.
Contoh konsep perubahan yang salah dan tidak dianalisa dengan teliti di zaman moden:
1. Berubah yang menyebabkan peperangan saudara sesama Islam sebagaimana Arab Spring.
2. Berubah yang menyebabkan ekonomi negara Islam jatuh merudum dan masyarakat Islam hidup merempat! (Mesir, Tunisia)
3. Berubah atas dasar mahu merebut kuasa politik sesama Islam. (Kejatuhan Tamadun Melaka)
4. Berubah sehingga negara dijajah barat (Iraq)
Lihatlah dan nilaikanlah diantara konsep UBAH dan Transformasi (Peralihan yang dirancang) yang mana lebih ke arah konsep HIJRAH Nabi Muhammad SAW.
HIJRAH NABI MUHAMMAD MEMBAWA KEMAKMURAN MASYARAKAT MADINAH SEHINGGA MENJADI SEBUAH KUASA BESAR DUNIA.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...