GAZA UNDER ATTACK: MUSLIM - ISRAEL CYBERWARFARE ! RAKYAT ISLAM 1 DUNIA LAWAN ISRAEL! ALLAHUAKBAR! @AlqassamBrigade.

21 Nov 20120 comments


Peperangan di Gaza bukan sahaja berlaku secara fizikal, tetapi ianya juga berlaku di alam siber. Terdahulu MHS ada postkan 1 Artikel mengenai Serangan Siber dilakukan Anynomous terhadap Laman Web - laman Web Kerajaan Zionis ISRAEL. Sila baca:  ANYNOMOUS ATTACK THE CLONE! 

Apa yang membanggakan adalah tentera ISLAM yang membantu Palestin bukan sahaja berada di Palestin, tetapi di seluruh dunia! ALLAHUAKBAR!

Petikan Berita Peperangan di Twitter.
Hamas saling berbalas mesej, muat naik video serangan
Baitulmaqdis: Perang kini memasuki era baru kerana jika sebelum ini istilah berkenaan hanya merujuk kepada penggunaan senjata tetapi sekarang ia bertukar menjadi ‘serangan’ di media sosial seperti Twitter.
Perkara yang sama turut berlaku di Asia Barat ketika Israel menggempur wilayah Gaza Palestin. Kedua-dua belah pihak memiliki akaun rasmi Twitter. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memiliki akaun @IDFSpokeperson, manakala Palestin yang diwakili sayap tentera Hamas, Alqassam Brigades memiliki akaun @AlqassamBrigade. 
Muat naik video
Kedua-dua akaun Twitter terbabit saling berperang dengan menyebut pihak musuh. IDF turut memuatkan sejumlah video serangan pesawat gempurnya ke Semenanjung Gaza termasuk serangan yang menewaskan komandan kanan Hamas, Ahmad Jaabari sebelum ini.
Sementara itu akaun milik Brigade Alqassam juga enggan mengaku kalah dengan membalas dan menyebut IDF dalam setiap tweet mereka yang berisi nada ancaman.
Masing-masing turut memuatkan pautan video YouTube yang menampilkan serangan yang dilakukan mereka. Alqassam misalnya memuatkan video serangan Fajr 5 milik mereka ke Tel Aviv, Israel di halaman Youtube. Alqassam juga turut memuatkan video pesawat tanpa pemandu Israel yang ditembak jatuh Hamas.
Alat propaganda
Penggunaan media sosial seperti Twitter sebagai alat propaganda sendiri sebenarnya melanggar peraturan yang menentang kekerasan dan ancaman dalam media sosial.
Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian dari firma Enders Analysis, Benedict Evans, perkara terbabit membuatkan Twitter dalam keadaan sulit. - Agensi
Sementara itu, Gaza ketika ini terus dibedil ISRAEL walaupun ada tanda-tanda gencatan senjata akan diadakan . Seramai 130 orang telah syahid di pihak Palestin yang kebanyakannya adalah kanak-kanak dan orang awam. 

Petikan Berita sinarharian 

GAZA CITY - Rundingan berhubung gencatan senjata untuk menamatkan konflik Gaza masih berterusan dan tiada lagi keputusan muktamad setakat ini walaupun laporan awal mendakwa sudah ada harapan ke arah itu.
Menurut pegawai dari Mesir, walaupun rundingan sedang diadakan, bedilan ke atas Gaza masih lagi berterusan dan hari ini masuk hari kelapan.
“Rundingan masih lagi diteruskan,” kata seorang pegawai Mesir yang enggan dikenali.
Beliau turut berkata yang Kaherah berharap agar perjanjian damai dan arahan gencatan senjata dapat direalisasikan.
Israel masih lagi tertekan dengan serangan roket dari Palestin oleh pihak Hamas dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton pula mengadakan lawatan ke Israel selepas menghadiri sidang kemuncak Asia lewat semalam.
Beliau yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijadual berbincang dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Presiden Mesir, Mohammed Morsi.
"Presiden Obama telah meminta saya datang ke Israel dengan mesej yang jelas.
"Komitmen Amerika ke atas keselamatan Israel kukuh dan tidak goyah. Itu sebabnya kami percaya bahawa sangat penting untuk mengatasi ketegangan di Gaza," kata beliau dipetik CNN.
Israel pula bertubi-tubi melakukan serangan ke atas Palestin dan menyasarkan serangan ke bandar-bandar utama di sekitar Gaza yang diperintah Hamas kerana tidak mengiktiraf kewujudan Israel.
Pasukan perubatan di Gaza berkata, seramai 130 orang telah meninggal dunia akibat serangan Israel dan kebanyakannya orang awam terdiri daripada kanak-kanak.

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team