SIFIR MUDAH #UMNO BOLEH MENANG PRU 13!#PAU2012

28 Nov 20121comments

Ahli Umno 3.5 juta , buang mereka yang tidak menyokong parti 10% , ada lagi 3.2juta Darab 3 orang ahli keluarga orang UMNO ada dalam 9.6 juta. Data Pengundi terbaharu bagi suku ketiga 2012 adalah 13.1 juta. 

Dalam 9.6 juta itu mungkin ada penjawat awam yang lebih daripada 80% - 90% menyokong kerajaan. Penjawat Awam di Malaysia adalah berjumlah 1.2 juta orang. 

Ada juga daripadanya adalah Peneroka Felda , kubu kuat UMNO berada di Felda. Kelompok atas pagar sekarang dilihat banyak menerima manfaat daripada Program Transformasi Negara. 

Melihat sifir ini, MHS yakin Tsunami yang berlaku pada tahun 2008 tidak lain dilakukan oleh Ahli-ahli UMNO sendiri untuk menjatuhkan kepimpinan yang sedikit lemah pada ketika itu dan sekaligus memberi manfaat kepada pihak pembangkang. Apa yang diharapkan oleh para pimpinan dan rakyat atas pagar yang tidak berparti macam penulis MHS ini adalah , orang-orang UMNO janganlah lagi buat hal. Sokonglah kepimpinan sepenuh-penuhnya. Ada dua pilihan sahaja, sama ada mahu menyokong Najib Presiden Parti yang banyak melakukan transformasi negara, ataupun hendak menyokong Anwar Ibrahim yang banyak melakukan kekeliruan. 

Petikan Akhbar: 



KUALA LUMPUR - Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) memikul tugas berat untuk memikat hati 42 peratus pengundi muda yang akan memberi impak kepada keputusan pilihan raya umum ke-13, penentu parti mana yang akan meneraju Malaysia.
Tanggungjawab dan peranan untuk meraih undi kira-kira 5.37 juta pengundi berusi bawah 40 tahun ini mesti dilaksanakan bersungguh-sungguh kerana Umno dan BN bersaing dengan parti pembangkang untuk mendapatkan sokongan, sekali gus memenangkan parti masing-masing.
Agenda memenangi hati dan minda pengundi generasi Y adalah antara yang disentuh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan amanat kepada barisan pimpinan jawatankuasa bahagian, sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 semalam.
Berdasarkan statistik suku ketiga Daftar Pemilih 2012 Suruhan Pilihan Raya, sejumlah 13.1 juta pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Sebanyak 18.07 peratus atau 2.37 juta pengundi terdiri daripada kumpulan umur antara 21 dan 29 tahun manakala 22.8 peratus atau hampir tiga juta terdiri daripada kumpulan umur antara 30 dan 39 tahun.
Exco Pergerakan Pemuda Umno Datuk Muhammad Khairun Aseh ketika ditemui Bernama, merumuskan amanat Perdana Menteri memberi isyarat jelas bahawa Umno sudah bersedia untuk melalui peralihan generasi, iaitu   menampilkan orang muda untuk memimpin parti dan negara.
Muhammad Khairun berkata konsep pengorbanan yang menghendaki pemimpin lama memberi laluan kepada golongan muda sebagai calon, terserlah dalam amanat Presiden parti kepada anggota Umno, semasa beliau  membincangkan isu taktikal Umno dalam menghadapi pilihan raya umum nanti.
Katanya rata-rata anggota juga dilihat senada dengan Najib, melafazkan ikrar janji setia untuk bersatu padu dan kesanggupan mereka untuk berkorban demi parti.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Seputeh Muhammad Razlan Muhammad Rafii pula berkata Umno kini dilihat memberi peluang seluasnya kepada generasi muda untuk menjadi pemimpin pada masa depan.
Menurutnya pelbagai langkah yang diambil Umno, parti terbesar di negara ini yang sudah berusia 66 tahun, sering melibatkan dan memberi peluang golongan muda untuk turut sama memberi pandangan mereka dalam soal pentadbiran.
Beliau berkata Pemuda Umno akan terus memberi penjelasan kepada generasi muda mengenai usaha yang sedang dilakukan kerajaan khusus buat orang muda ketika ini, di samping berusaha menyediakan mereka untuk  mencorakkan masa depan Malaysia.
Katanya banyak program yang dilaksanakan kerajaan menyerlahkan kepentingan suara golongan muda dalam negara yang adakalanya tidak disedari mereka secara langsung, dan menjadi tanggungjawab Umno untuk  menyedarkan mereka.
Pelbagai program dilaksanakan kerajaan khusus buat golongan muda, antaranya seperti karnival peluang pekerjaan, pemberian RM250 bantuan kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia dipanjangkan kepada kumpulan bujang berumur 21 tahun ke atas yang layak, rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun. -  Bernama
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
2 December 2012 at 02:15

tahun 1957 tanah rizab melayu 3 juta h. tapi tahun 1995 tinggal 1.7 juta h. mana pergi tu..siapa yg khianat melayu? fikir2kanlah bang.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team