Salam semua pembaca MHS. Terharu MHS bila baca artikel seorang pembaca MHS pada hari ini. Sebenarnya email ini dah sebulan lebih berada di dalam inbox MHS, namun, MHS disebabkan MHS tidak membuka email , maka baru sahaja MHS baca email ini yang dikenali sebagai 'Sayang ISLAM, Sayang Malaysia'.
Assalamualaikum, Saudara MHS,
Saya menulis email kepada saudara kerana saya juga sebagai rakyat biasa ingin berkongsi pendapat mengenai pendapat bapa saya mengenai Saudara Anwar dan ahli keluarganya. Itu pun terpulang kepada saudara untuk 'publish' artikel ini ataupun tidak. Artikel ini sedikit panjang dan tiada unsur komersial. Tiada juga gambar-gambar lucah mahupun menarik untuk menarik minat membaca artikel ini jika saudara sudi untuk letak artikel ini. Tetapi cukuplah dengan satu artikel ini, bapa saya bolehlah dikatakan menyumbang kepada negara .
Katanya DS Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Saya tidak pasti kenapa dia begitu pasti Anwar tidak boleh menjadi PM Malaysia. Baginya yang berpandangan sebagai pandangan rakyat biasa, dia nampak Anwar tidak seperti pemimpin ISLAM yang sepatutnya. PAS lagi elok perilakunya , katanya.
Ditanya mengapa Anwar tidak boleh menjadi Pemimpin, Anwar dan anak beranaknya kata bapa saya macam sudah merancang setiap tindakan mereka. Setiap jawapan mereka dan setiap pertuturan mereka sehinggalah cara berpakaian mereka. Semua menjurus kepada politik dan kesinambungan politik Anwar. Di setiap ceramah yang dia ikuti sewaktu dia mula-mula keliru mengapa Anwar ditolak dalam kancah politik UMNO, merasa semakin pelik dan pelik kerana katanya dia pergi ceramah pembangkang bukan untuk menghukum atau menyokong, beliau mahu menilai katanya.
Akan hampir pasti , di dalam ceramah Anwar, beliau akan memperkatakan mengenai dirinya. Dirinya...dirinya...dan dirinya...kemudian keluarganya. Seperkara lagi, nampak sangat Anwar macam mendesak pendengar-pendengarnya untuk mempercayai apa yang berlaku ke atas keluarganya...keluarganya...keluarganya dan keluarganya.
Kemudian, barulah Anwar akan menyentuh hal pentadbiran negara. UMNO lah yang jadi fokus permasalahannya. Sehingga beliau tidak nampak, kekadang masalah timbul di Malaysia dek kerana pergolakan dunia, ekonomi semasa dan hubungan diplomasi serantau. Politik dalaman juga merupakan daktor masalah negara. Namun, apa yang ditonjolkan anwar adalah UMNO lah musuhnya. UMNO lah segala-galanya sehingga menampakkan bahawa dirinya terlalu ideal untuk memimpin dan menyelamatkan Malaysia. Sedangkan beliau diberi kesempatan ALLAH S.W.T sewaktu beliau menjawat jawatan di dalam kerajaan sebelum ini dan pernah satu ketika menjawat jawatan kedua tertinggi di Malaysia. Rasuah juga menjadi topik beliau. Tidak lain, tidak bukan dia akan menyerang musuhnya iaitu UMNO yang dahulunya menjadi sahabat beliau walaupun tiada pun bukti, tiada pun perkara yang dibawanya sehingga di bawa ke muka pengadilan kecuai dirinya yang disabitkan dengan salah laku rasuah! Itulah politik.

Anwar dilihat ada sedikit elemen mementingkan diri sendiri . Bapa saya pelik kenapa dia sanggup keluarkan kenyataan versi A mengenai agama Islam kepada mereka yang bertanya DAN versi B kepada kumpulan yang lain. Seperti memberikan sesuatu jawapan yang hendak diterima pendengarnya. Ini bukan fitnah atau tuduhan tidak berasas. Buktinya, Anwar akan cuba 'suit' kan jawapannya kepada 'audience'nya. Kalau orang yang bertanya itu orang adalah orang ISLAM, ya, dia akan menjadi seperti ULAMA' ISLAM yang disanjung . Namun sebaliknya, jika si bertanya itu bukan orang Islam, orang Barat umpanya, dia akan menjadi seperti pemimpin ISLAM paling Liberal dan boleh sehingga tahap berkompromi mengenai hukum - hakam ISLAM. Sebab itu layak lah Anwar dipanggil mempromosi Pluralisme.
Rakyat Malaysia janganlah terlalu mempercayai kata-kata pemimpin populis kerana idea Anwar adalah terlalu ideal untuk sebuah negara yang berbilang bangsa. Jangan kerana sedapnya gula, semut berebut-rebut mahu terjun ke atasnya, lalu mati seekor-demi seekor di dalamnya.
Pesanan bapa saya kepada semua agar berfikir secara rasional dan sejujur-jujurnya sebelum kita memilih pimpinan. Pimpinan diibaratkan kepala dan otak manusia. Kalau rosak otaknya, maka rosaklah tubuhnya.
Sebelum saya mengundurkan diri sebagai penutup, ingin saya sendiri meletakkan hadis ini untuk saudara MHS baca dan kalau artikel ini sesuai, pohon saudara MHS letak di blog saudara MHS. -
SEKIAN-
Riwayat Muslim :
ما من عبد يسترعيه الله رعية يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته إلا حرم الله عليه الجنة
Maksudnya: Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga rakyat dimana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.
+ comments + 3 comments
tq bro.. sebagai ingatan... memang dah faham dan tau lama dah siapa dia ni...
Tq kepada bapa penulis surat ni. MHS hanya mengupload shj.
Inilah persepsi rakyat biasa. Kalau ikut secara mendalam lagi,lagi banyak faktoor sehingga keluar buku dalil mengapa anwar tk bley jd PM.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...