#PAS PUTAR KENYATAAN #nurulizzah! Mufti dibedal Ketua Ulamak #PAS!

15 Nov 20123comments

Begitu mengelirukan!  Kenyataan balas terbaharu Ketua Dewan Ulama' #PAS Ustaz Harun Taib berhubung kenyataan Ustaz Harussani yang meminta anak Anwar Ibrahim supaya bertaubat adalah sangat mengelirukan dan berbaur politik. 

Di dalam artikel yang bertajuk "Jika Nurul Kena Taubat , Harusani juga kena" yang tersiar di Harakah, Ketua Ulamak Pas tersebut menyatakan kenyataan Nurul Izzah tersebut biasa-biasa sahaja dan bukannya satu dosa yang besar. 

Sambil menuduh DS Najib dan Mantan PM Tun Mahathir melakukan perkara (dosa) yang lebih besar, Ketua Ulamak PAS itu mengeluarkan kenyataan :

"Misalnya orang Melayu sebelum masuk ISLAM dia bebas tetapi yang sudah masuk ISLAM , dia tidak bolehlah nak masuk Kristian ke." -HARUN TAIB , Ketua Ulamak PAS  

Petikan Harakah:



KOTA BHARU: Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berpendapat, jika Mufti Perak, Datuk Harussani meminta Nutul Izzah Anwar bertaubat kerana kenyataannya, dia (Harussani) juga harus bertaubat juga.
"Bagi saya dia (Nurul Izzah) tidak perlu (taubat) kerana taubat kalau buat kesalahan besar. Jika itu kena bertaubat, Harussani juga kena taubat kerana dia tak sokong perjuangan Islam," kata Ustaz Harun Taib (gambar).
Ustaz Harun berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan tentang kenyataan Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana berkata, tidak ada paksaan dalam agama.
Bagi Harun, isu ini perkara biasa sahaja, "kita tak ambil berat isu itu, itu perkara biasa sahaja."
"Tanyalah benda yang lebih besar lagi misalnya yang (Tun Dr) Mahathir buat yang (Datuk Seri) Najib buat," kata Harun ketika diasak oleh wartawan mengenai isu itu dalam sidang media selepas perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS hari ini.
Menurutnya, Nurul Izzah membuat kenyataan, kebebasan itu tidak terhad kepada orang tertentu sahaja tetapi kepada semua bangsa.
"Misalnya orang Melayu sebelum masuk Islam dia bebas tetapi yang sudah masuk Islam, dia tidak bolehlah nak masuk Kristian ke," jelas Ustaz Harun.
Ketika ditanya kenyataan Nasharudin Mat Isa yang dikatakan meminta Nurul Izzah juga bertaubat, Ustaz Harun berkata, "Nasharudin dia punya pasal...Nurul Izzah nak bertaubat, apa kesalahan dia. Cuba nyatakan apakah dia kesalahan Nurul Izzah yang nyata."
 Bagi Harun, isu ini perkara biasa sahaja, "kita tak ambil berat isu itu, itu perkara biasa sahaja.(merujuk kepada kenyataan Nurul Izzah)" 

MHS menganggap kenyataan seumpama ini tidak sepatutnya keluar daripada mulut so called  Ketua Ulamak #PAS kerana:

1.  Ulamak PAS ini sepatutnya meneliti impak kenyataan Nurul Izzah yang hakikatnya akan membenarkan orang-orang Melayu yang sesudah ISLAM untuk bebas menukar agama mereka - Cth: Kes Lina Joy. 

2. Kenyataan "Misalnya orang Melayu sebelum masuk Islam dia bebas tetapi yang sudah masuk Islam, dia tidak bolehlah nak masuk Kristian ke," adalah kenyataan seorang yang buta sejarah dan buta perlembagaan negara dan meminggirkan pendapat-pendapat Ulama' semasa termetrainya Perlembagaan 1948 yang menyatakan orang MELAYU itu ADALAH ISLAM ! For godsake, wahai Ketua Ulamak PAS, istilah MELAYU itu ISLAM adalah untuk mengekang (to safeguard Muslim) berlakunya gejala MURTAD dalam kalangan orang-orang MELAYU yang sememangnya ISLAM! 

3. Kenyataan Ketua Ulamak ini seperti membenarkan bahawa pemilihan agama boleh dilakukan oleh orang ISLAM. Ingatkah beliau bahawa antara tuntutan IFC adalah untuk membenarkan anak-anak memilih agama anutan mereka selepas berumur 18 tahun! Kamon, Ketua Ulamak PAS boleh cakap macam ni!

Kesimpulannya: PAS juga telah pening dengan asakan-asakan oleh pendokong-pendokong LIBERAL di dalam PR sehingga KETUA DEWAN ULAMAK PAS boleh keluarkan kenyataan seumpama ini. Nauzubillahi min zalik.

“Wailun li -ummatii min ‘ulamaa- is Suu’ ”.“ Rosaknya perilaku ummatku adalah berpunca dari perbuatan ORANG2 PANDAI AGAMA yang TIDAK DAPAT MENAHAN SEGALA KEINGINAN HATINYA ”

Ciri-ciri Ulama’ Suu’. (Orang orang yang pandai, alim tetapi berfikiran jahat).



1. Bersabda Rasulullah saw,” Ulama’ itu adalah kepercayaannya Rasul , selama dia itu tidak bercampur gaul dengan Sultan dan dia tidak dimasukkan ke dalam urusan dunia… Maka tatkala dia bercampur dengan Sultan dan menyampuri urusan duniawi, maka sesungguh dia itu telah berkhianat kepada Rasul. Maka berhati-hatilah terhadap mereka”.
(Hadits dari An Anas rawahu ‘Aqili.Kitab Jami’us shogir )




Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
15 November 2012 at 04:53

pas bengong dah!

Anonymous
15 November 2012 at 09:52

"Bagi saya dia (Nurul Izzah) tidak perlu (taubat) kerana taubat kalau buat kesalahan besar. Jika itu kena bertaubat, Harussani juga kena taubat kerana dia tak sokong perjuangan Islam,"
Apa yg dimaksudkan oleh beliau "tidak menyokong perjuangan ISLAM". Adakah beliau 100% menyokong perjuangan ISLAM apabila menyatakan bahawa kenyataan Nurul Izzah itu 'tak ada apa-apa'???

3 March 2021 at 04:44

Thank you very much for this site and all the information it contains. I find it very interesting and I recommend it to everyone!
All the best. Kindly

voyance gratuite par mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team