HOT! Wartawan #Malaysiakini kantoi! Polis Tahan dan Siasat!

8 Nov 20123comments

Tiga Penulis Portal Pro Pembangkang dipanggil Pihak Polis untuk memberi keterangan berhubung kenyataan anak #anwaribrahim tentang kebebasan beragama kepada orang-orang Melayu Islam.


Berita: 

KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengambil keterangan tiga pegawai portal berita pro-pembangkang Malaysiakini berhubung laporan berita berkaitan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan beragama.  
 Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata ia dilakukan atas perintah Majistret Petaling Jaya dan keterangan diperlukan untuk mengenal pasti penulis artikel itu.   "Setakat ini identiti penulis artikel belum diperolehi," katanya ketika dihubungi Bernama.   Keterangan petugas Malaysiakini itu diambil di pejabat portal berita berkenaan di Bangsar di sini antara 5.15 petang dan 6.55 petang tadi.   Ia melibatkan sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya diketuai Pegawai Penyiasat ASP Nadzri Harun serta unit forensik IPD Cheras.
Menurut Yahaya, tiada sebarang rampasan dilakukan. 
  Laporan portal berita pro-pembangkang pada Nov 3 itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata, "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."   "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."   Nurul Izzah dipetik berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya.  
 Pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah memberitahu beliau akan memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam pagi esok. - Bernama

Walaubagaimanapun, Portal #Malaysiakini didapati cuba mengelirukan bukti dengan mengubah gambar provokasi yang disiarkannya. Selain itu Portal #Malaysiakini juga didapati hanya melaporkan perkara ini di dalam versi Bahasa Inggeris sahaja.

BUKTINYA!!!

ditukar kepada : 


Bacaan lanjut sila ke : Novandri blog

Apa yang pelik , akhbar munafik ini diberi anugerah sebagai Malaysian independent news provider award winning! 

Persoalannya.... 

1. Adakah kita perlu meniupkan berita-berita munafik sebelum kita diberi pengiktirafan sebegitu oleh badan antarabangsa?! 

2. Adakah kita perlu menyiarkan perkara-perkara yang menggugat ketenteraman negara dan berpihak kepada keadaan yang membolehkan negara huru hara baru kita diberi pengiktirafan antarabangsa?! 

3. Adakah dengan menaikkan perkara-perkara sensitif berhubung agama dan hubungan antara kaum barulah kita dilabel sebagai PEJUANG "FREEDOM OF SPEECH"??! 

Sesungguhnya Portal #Malaysiakini dilihat tidak mengamalkan etika kewartawanan yang wibawa yang boleh membawa kepada keharmonian hidup pelbagai kaum di dalam negara ini. Mereka telah menjadi alat kepada EXTREMIST sesuatu kaum yang melampau namun dibaluti dengan konon-kononnya pejuang kebebasan bersuara! 
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
9 November 2012 at 04:47

Perlembagaan Malaysia
Melayu mestilah beragama Islam.



Al-Quran (Al Baqarah 256-257)
Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam).. ila akhir ayat..

Persoalan?

1. yang mana satu akan kita pegang? Al-Quran atau Perlembagaan Malaysia?

2. Islam untuk Melayu sahaja? owh.. maknanye kalau mualaf bukan Islam la?

Anonymous
9 November 2012 at 23:12

Perlembagaan kata Melayu itu beragama Islam....Mualaf sudah tentu bukan Melayu....kamu tersalah faham...Perlembagan dihasil kan untuk menghalang orang melayu daripada Murtad...Itu sebab Perlembagaan mendefinasikan Melayu sebagai Islam..

Bon Long
11 November 2012 at 20:18

Lama sgt si nurul tu tak dapat 'balak'..
Tuu yg kepala dia mantol-mantol..
Cakap pon dah mcm yahudi mabook!..

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team