Ku Li: #BarisanNasional mampu menang PRU13

14 Nov 20120 comments

Ku Li: #BN mampu menang PRU13


Tokoh UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan #BarisanNasional mampu mencapai kemenangan pada PRU 13. Kenyataannya sangat berasas ketika ini. Ini dapat dilihat dengan momentum jentera Kerajaan yang begitu kredibel dalam menjayakan dasar transformasi negara. 

MHS melihat sekiranya Komponen #BarisanNasional dapat memperbaiki lompong-lompong dan kekurangan yang ada,  Kerajaan Pimpinan Najib Razak mampu mencapai 2/3 majoriti kemenangan. Apa yang penting adalah penyatuan jeneral-jeneral UMNO dan kebolehan muka-muka baru dalam MCA dan MIC untuk menarik pengundi atas pagar. 

Umum mengetahui kejatuhan undi terhadap BN pada 2008 adalah berpunca daripada penolakan ahli-ahli BN sendiri! 


Petikan berita :- 



GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan dan kekal menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.
"BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak pelaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini.  
"Memang sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas penyampaian bantuan Titik Sentuhan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, di sini, hari ini.  
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang, Azman Ngadiron dan Pegawai Jabatan pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) Daerah Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz.  
Ditanya mengenai banyak tanah di kawasan penempatan Orang Asli diambil balik kerajaan negeri untuk pembangunan ladang, Tengku Razaleigh berkata, perkara itu perlu diadakan rundingan bagi menyelesaikannya.   
Beliau berkata, JAKOA bersama Orang Asli perlu berbincang secara telus mengenai masalah yang dihadapi kaum berkenaan kerana jika tidak berbuat demikian akan menimbulkan banyak masalah untuk masa depan mereka. "Kita (pemimpin) tempatan juga boleh campur tangan bagi menyelesaikan perkara itu, tetapi kita mahu melihat sejauh mana perbincangan jabatan terbabit dengan kerajaan negeri.   
"Memanglah Kelantan lain daripada Negeri Pahang, Perak dan Selangor yang menyediakan tanah rizab kepada masyarakat Orang Asli, tetapi (di) Kelantan perlu berunding bagi mencari jalan penyelesaiannya," katanya. - Bernama

#PR jangan lupa bahawa kejayaan mereka adalah kerana banyak undi dari UMNO mengalir kepada mereka akibat protes terhadap pimpinan pada 2008.  
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team