AYAT QURAN UNTUK RENUNGAN SAYA, ANDA DAN YB ZURAIDA KAMARUDIN - 1 PENDEDAHAN

20 Nov 20121comments


Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
A003
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Surah As-Saff - سورة الصف AYAT 1-3



MHS inginkan kepastian daripada YB Zuraida dan pemimpin PKR yang lain yang kerap melaungkan-laungkan: 

1. Anti Nepotisme
2. Anti Rasuah
3. Pro Keadilan!
4. Ketuanan RAKYAT... 

APAKAH pendedahan yang dibuat oleh SEL13 INI BENAR? SILA Jelaskan Yb Zuraida... 
MHS tidak mahu memaksa pembaca untuk mempercayainya. Cuma MHS mahu pembaca menilai kebenarannya dan MHS meminta YB Zuraida menjawab isu dan persoalan ini demi membuktikan bahawa YB tidak pernah menipu, YB memang zuhud, YB memang apa yang tertera di atas. YB kena ingat : 

FIRMAN ALLAH: 

"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

PENDEDAHAN SEL13 


Kemampuan Kewangan Luar Biasa Ahli Parlimen Ampang Sejak Bergelar YB Empat Tahun Lepas
Sebelum di pilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008 Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang. Selain menjual buah beliau juga secara sampingan turut menjual ubat-ubatan tradisional termasuk minyak angin.
Penglibatannya dalam PKR bermula selepas dia menyertai sebuah pertubuhan pro pembangkang yang dikenali sebagai Gerakan Mansuhkan ISA. Hasil pergaulan dan perkenalan beliau dengan orang-orang pembangkang dalam pertubuhan itu membawa beliau menyertai PKR. Kebetulan pada masa itu PKR berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu dan tidak ramai orang yang sanggup menerima jawatan -jawatan dalam parti. Kesempatan itu di ambil oleh Zuraida untuk menonjolkan dirinya dengan suara-suara lantangnya yang akhirnya membawa beliau berjaya memegang jawatan Ketua Wanita PKR.
Bermula Mac 2008 kehidupan Zuraida sekeluarga berubah setelah bergelar wakil rakyat di sebuah negeri yang diperintah PKR. Zuraida tidak perlu lagi menjual buah. Selain sibuk sebagai ahli parlimen Zuraida juga sibuk memenuhi undangan-undangan ceramah di seluruh negara untuk membongkar ‘penyelewengan dan rasuah Umno’.
Sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR Zuraida hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005. Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.
  • No kenderaan : WNL 8994
  • No enjin : E94A84B
  • Model : Perodua Myvi 1.3 Ezi (Auto)
  • Tarikh daftar : 31.10.2005
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
Namun seperti yang kami katakan diatas tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Daripada seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi kehidupan Zuraida berubah sekelip mata selepas menjadi wakil rakyat.
Beberapa bulan selepas diangkat sebagai ahli parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor Zuraida telah membeli sebuah kenderaan baru seperti berikut.
  • No kenderaan : WRL 575
  • No enjin : B5254 T2 A027402
  • Model : VOLVO XC90 2.5 T
  • Tarikh daftar : 01.07.2008
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • Harga kenderaan : RM 355,000.00
Bayangkan daripada Perodua Myvi yang berharga RM 40k terus melonjak kepada Volvo yang berharga RM 355k. Itulah yang dinamakan rezeki.
Tahun 2009 tidak ada sebarang kenderaan baru yang dibeli oleh Zuraida. Manakala pada tahun 2010 Zuraida membeli sebuah lagi kenderaan seperti berikut.
  • No kenderaan : WTY 1547
  • No enjin : 2KD650 8915
  • Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
  • Tarikh daftar : 31.05.2010
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • Harga kenderaan: RM 99,000.00
Mungkin dua kenderaan baru belum mengcukupi untuk menggantikan Perodua Myvi yang dimilikinya sebelum itu, maka pada tahun 2011 Zuraida membeli lagi sebuah kenderaan seperti berikut.
  • No kenderaan : WNA 276
  • No enjin : 1KD687 8384
  • Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT
  • Tarikh daftar : 03.11.2011
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • Harga kenderaan: RM 107,000.00
Nampaknya tiga kenderaan di atas masih belum mengcukupi lagi buat Zuraida, satu lagi kenderaan berikut dibeli tahun 2012.
  • No kenderaan : BLR 9680
  • No enjin : 1129 1331 8818 93
  • Model : Mercedes Benz E240
  • Tarikh daftar : 24.05.2012
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
Sehingga setakat hari ini itulah kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida sejak bergelar YB empat tahun lepas.
Semakan kami di laman web MyEG juga mendapati keempat-empat kenderaan Zuraida kecuali Mercedes E240 ada 20 saman tertunggak yang belum dibayar.

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
21 November 2012 at 00:15

MAK LAMPIR NAIK KERETA JUGA KE????HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH


TAK PE, DEMI SELAMATKAN MALAYSIA ....APA2 PUN BOLEH DIBUAT OLEH PKR

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team