MALAYSIA AKAN LABUR RM26.09b lagi!

16 Nov 20121comments


PM umum 20 projek ETP, tiga koridor ekonomi


Mari kita sama-sama doakan agar Malaysia berjaya. Tahukah anda, jika Projek di bawah Transformasi ini berjaya BR1M akan tidak lagi hanya RM500.00! 


PUTRAJAYA 16 Nov. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 20 projek di bawah Program Transformasi Ekonomi serta tiga Koriodor Ekonomi dengan nilai pelaburan sebanyak RM26.09 bilion menjelang 2020.
Najib berkata projek berkenaan akan menyumbang RM10.07 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan mewujudkan 64,282 pekerjaan.
Semasa mengumumkan perkembangan terkini ETP yang terakhir bagi tahun ini, Najib berkata 11 projek utama di bawah ETP akan menyumbang RM1.129 bilion kepada PNK, RM6.68 bilion pelaburan dan mewujudkan 40,021 pekerjaan.
Sementara itu, sembilan projek di bawah Koridor Ekonomi akan menyumbang RM8.95 bilion kepada PNK, RM 19.41 bilion pelaburan dan mewujudkan 24,261 pekerjaan. Najib berkata meskipun ketidaktentuan global yang berterusan, Malaysia kekal sebagai destinasi menarik untuk pelaburan dan pertumbuhan negar akekal kukuh.
Dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Minyak, Gas dan Tenaga, Najib berkata Seaport Worldwide Sdn Bhd akan melabur lebih RM1 bilion dalam membangunkan fasa satu projek Petrokimia dan Maritim Tanjung Bin.
Meliputi kawasan seluas 2,255 ekar, kawasan itu diwarta sebagai Zon Perdagangan Bebas dengan tempoh pajakan 99 tahun, kata beliau.
“Ia akan melengkapkan projek-projek lain di Johor, yang akan memacu wawasan Malaysia untuk menjadi hab perdagangan dan penyimpanan petroleum Asia Pasifik," kata beliau.
Dalam NKEA Greater Kuala Lumpur, Nusa Gapurna Development Sdn Bhd akan melabur RM5.23 bilion dalam projek besar untuk menjana dan mencergaskan semula bandar lama Petaling Jaya.
"Pembangunan bandar PJ Sentral Garden yang akan meliputi kawasan seluas kira-kira 40 ekar bersedia untuk menjadi kawasan perniagaan hijau yang baharu di Selangor, menyokong Kuala Lumpur dan hab perniagana lain di sekitar bandar raya dan negeri," kata beliau. - BERNAMA

*Bukan sekadar retorik semata-mata! Sama-sama kita nantikan!



Share this article :

+ comments + 1 comments

3 March 2021 at 04:52

Congratulations to all those who ensure the smooth running of this magnificent blog !!

voyance gratuite mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team