MISI FISABILILLAH KE GAZA! @ALQassamBrigade

27 Nov 20121comments


Sukarelawan yang akan menyertai misi kemanusian 'ROAD TO GAZA' diingatkan bahawa pemergian mereka adalah berpaksikan jihad Fisabilillah. Untuk rekod, sukarelawan Malaysia pernah terkorban September tahun lalu di dalam misi kemanusian ke Somalia. Sukarelawan yang terkorban adalah Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor , jurukamera yang membuat liputan misi kemanusian tersebut. 

MHS doakan pemergian sukarelawan Malaysia sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T 

-Amin Ya rabbal Alamin- 



Noramfaizul -rakyat Malaysia pernah syahid dalam misi kemanusian tahun lalu 

Petikan Berita : 

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Sukarelawan yang akan menyertai misi kemanusiaan `Road to Gaza' anjuran Kelab Putera 1Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia pada 5 hingga 14 Disember ini diingatkan bahawa pemergian meraka berpaksikan jihad atau fisabilillah.

Sehubungan itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bagi sebarang kemungkinan yang berlaku, mereka tidak harus menuding jari kepada pihak penganjur mahupun kerajaan.

"Dengan pengalaman menganjurkan 28 misi kemanusiaan sebelum ini, segala faktor keselamatan dan prosedur operasi standard masih diutamakan," katanya pada sidang akhbar mengenai misi itu di PWTC hari ini. - UTUSAN

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
2 December 2012 at 02:29

misi kemanusiaan hanya wayang gambar..kalau betul2 hentikan kontrak Apco tu..n putuskan hubungan dagang dgn israel segera. n putuskan hubungan deplomasi rahsia dgn yahudi dimana2 jua.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team