Penganalisis menjangkakan Barisan Nasional masih mampu memenangi PRU 13 meskipun dengan majoriti yang tipis. Pengalisis menjangkakan kerusi MCA dan Kerusi MIC merupakan kerusi terbuka atau dalam erti kata yang lain kerusi kelabu.
Bagi MHS , bagaimana kerusi-kerusi ini masih kelabu terutamanya kerusi MCA jikalau pendirian pemimpin partinya juga masih kelabu terutamanya melibatkan pendirian pemimpin parti di dalam beberapa isu.
Contohnya ISu ini :
Ketua Wanita MCA Negeri Melaka, Datuk Kian Sit Har, bersama-sama dengan Khoo Poay Tiong, Wakil Rakyat Ayer Keroh, Melaka bersama-sama menyertai demonstrasi dan perarakan haram Kumpulan Cina DAPig Hijau Anti Lynas di Dataran Merdeka. Sebelum ini beliau menyertai Demo Bershit 3.0 bersama pembangkang. MCA sebelum ini enggan memecat beliau kerana ia pendirian individu. -TaipingMali & AloqLaloq
Petikan Akhbar Analisis Prof Agus
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) setakat ini hanya selamat di 96 kerusi manakala Pakatan Rakyat (PR) pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kerajaan pemerintah dan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata seorang lagi ahli akademik pusat pengajian tinggi tempatan.
Jangkaan itu bermakna kedua-dua BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi dimenangi empat tahun lalu.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, berdasarkan hasil kajian yang dilakukannnya yang bermula beberapa hari sebelum pembentangan Bajet 2013 dan impaknya selepas itu.
Sambil menghormati pandangan Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, juga dari UKM, yang menjangkakan BN akan memperoleh lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan sekarang, Agus berkata, beliau yakin dengan hasil penemuannya itu.
"Itu kajian dia. Biarkan. Saya juga buat kajian dan saya mendapati fakta yang berbeza, daripada segi kerusi memang berbeza tetapi dari segi pencapaian, hasil kajian menunjukkan lebih kurang."Kalau dia kata 120 kerusi, saya tidak mendapat begitu. Saya mendapati 96 kerusi bersih untuk BN dan 68 kerusi selesa kepada Pakatan Rakyat. Manakala selebihnya menjadi persaingan," katanya kepada Sinar Harian Online.
Dalam pertemuan dengan Sinar Harian Khamis lalu, Shamsul berkata, kemenangan akan memihak kepada BN meskipun dengan majoriti yang semakin mengecil.
“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012.
Mengulas lanjut, Agus memberitahu, berdasarkan pemerhatian dan kajiannya yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, tidak ada mana-mana parti pun yang akan menang selesa kali ini.
"Tidak ada siapa-siapa pun lagi yang akan membentuk kerajaan dan menang tipis. Nak menang tipis kena ada 112 kerusi. Kalau kerusi yang lebih itu, BN menang, maka BN akan menang besar," katanya lagi.Sehubungan itu katanya, strategi dan kerja kuat di saat-saat akhir ini amat penting kepada kerajaan dan pembangkang dalam meraih sokongan pengundi menjelang ibu kepada segala pilihan raya ini."Kedudukan sekarang ini ialah satu persaingan di antara semua parti yang bertanding, antara dua yang utama ini. Ia terbuka, bergantung kepada strategi akhir sebab di akhirnya masih ramai yang belum membuat keputusan, peralihan undi pertengahan akan berlaku, dan kedudukannya bergantung kepada strategi akhir," ujarnya lagi.
Tambah beliau, kerusi-kerusi yang kini disandang oleh wakil dari MCA dan MIC juga boleh dianggap sebagai kerusi yang terbuka dalam PRU kali ini.
Sementara ditanya mengenai kedudukan 'kerusi panas' di antara 96 kawasan yang dimaksudkan, Agus berkata, "pada saya semua kerusi campuran itu panas dan malangnya ketika ini berdasarkanpindaan 2002, persempadanan semula itu kebanyakannya adalah kerusi campuran yang panas." -SINAR-
+ comments + 5 comments
Sdr,
Tolong cerita sikit bagaimana PR nak mempertahankan kerusi yg dimenangi pada PRU 12.Kajian akademik hanya kadang-kadang untuk menyedapkan sesetengah pihak.Ingat kajian Pilihanraya Swak tempoh hari,kajian mengatakan PKR dan PAS akan menang beberapa kerusi tapi keputusannya anda sendiri tahu.PR hari-hari sebut roadmap to Putrajaya,ada baiknya mereka duduk memikirkan juga strategi untuk mempertahankan kerusi yg telah menang.Sebagai rakyat yg diberi pilihan untuk memilih kita berhak untuk mengetahui bagaimana parti mengambil tindakan untuk meningkatkan confidence level kita terhadap parti yg telah disokong.
terpulang kepada anda anon. Parti perlu lebih agresif...bukannya orang lain atau agensi lain. Kalau yang bertanding pun dok dindong-dingdong lagi...apa cerita?!
kita dpt mlihat pnerimaan rakyat thadap PR mlalui ceramah merdeka rakyat di setiap daerah dseluruh negara..sgt bbeza masa PRU12 yg lalu..issu kpimpinan dgn pnyalahgunaan kuasa serta rasuah yg smakin hari smakin tlondeh diketahui umum..rakyat inginkn nafas baru dlm agenda pmerintahn kerajaan..byk contoh negara2 maju yg btukar kerajaan mjadikn negara lbh kuat serta stabil ekonominya..sekiranya PR x mmerintah pn tetapi rakyat mahu pbangkang yg kuat untuk mnyuarakn suara rakyat kerana rakyat mdapat byk manfaat sekiranya pbangkang kuat di parlemen..
Anon 11.22
Memang banyak perbezaan sebab pihak PR hanya mengemukakan topik yang sama,tetapi apabila diberi peluang untuk mengotakan segala tohmahan yang ditujukan ke kerajaan pusat di negeri-negeri yang ditadbir,ia nya kalau tidak lebih buruk,tidak nampak ketelusan yang diharapkan.Diakui kita perlu pembangkang yang kuat,tapi adakah kita perlu mendapatkan sokongan negara asing untuk menyelesaikan masaalah negara.Setakat ini tidak kelihatan pembangkang memainkan peranan yang efektif kerana tindakan mereka membangkang apa saja kerajaan buat ada lah satu tindakan counter productive.Inisiatif yang baik mestilah diakui dan diberi sokongan.Rakyat melihat dan akan menilai semua ini.Terima Kasih
Situasi sekarang memperlihatkan UMNO dan Barisan Nasional masih lebih baik daripada PR..
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...