"Kita menyedari bahawa Harakah seolah-olah tidak menjadi organ jemaah Islam dan tidak membawa aspirasi dalam memicu kebangkitan gerakan Islam," kata pernyataan usul di bawah tajuk usul media parti yang dieadarkan kepada media
Menerusi pernyataan itu juga, Pemuda Wilayah Persekutuan mendesak PAS Pusat menstrukturkan semula sidang editorial Harakah agar dapat menterjemaahkan matlamat sebenar parti itu.
Akhbar tersebut kini bukannya dilihat mencerminkan #PAS tetapi lebih mirip kepada penulisan blogger pembangkang yang menaikkan isu-isu yang remeh dan bersifat PKR'an dan DAP'an.
MHS pun berpendirian , editor Harakah hanya menaikkan isu-isu sensasi yang disukai puak penyokong tegar sahaja yang kebanyakannya bersifat half truth dan tidak mempunyai asas bukti yang kukuh dan nyata.
Walaubagaimanapun teguran tersebut dianggap tidak sesuai oleh Akhbar berkenaan di dalam artikel terbarunya ini:
KOTA BHARU: Muktamar PAS ke 58 iaitu yang terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13 bakal bermula pagi ini dengan kira-kira 1,000 perwakilan dan beribu-ribu pemerhati akan memenuhi Dewan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pagi ini.
Kira-kira 700 perwakilan yang menyertai muktamar bagi setiap dewan telah menyesaikan agenda masing-masing malam tadi dan petang semalam.Muktamar Dewan Ulamak menjadi tumpuan media selepas menampakkan keghairahan mereka berbanding sebelum ini apabila perbahasan yang sangat hidup berlangsung.
Penegasan demi penegasan yang dibuat pemimpin dan perwakilan Dewan Ulamak menampakkan kesediaan mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang bersama rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Dewan Muslimat pula mendapat pujian dari Presiden PAS, TG Abdul Hadi apabila beliau sangat bangga dengan pencapaian mereka. Ekoran itu, TG Abdul Hadi memberikan harapan lebih ramai calon muslimat akan dicalonkan kali ini.
Dewan Pemuda juga memberikan sesuatu yang membanggakan. Namun, ia sedikit ralat apabila muktamar ini merekodkan serangan dengan menumpulkan senjata sendiri apabila meluluskan usul mempertikaikan organ PAS iaitu Harakah menjelang pilihan raya ini.
Padahal ia boleh dilakukan melalui mekanisme dalaman PAS bukan melalui muktamar terbuka.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...