PALESTIN terus menangis kerana Kita.... bukan kerana negara-negara Arab..
Kita dibesarkan di dalam generasi yang melihat Palestin terus diseksa dan diseksa. Kadangkala minda dan jiwa ini tertanya-tanya kenapa orang Arab di sana tidak bersatu melindungi Palestin? Kenapa negara-negara Arab tidak bersatu atas akidah yang satu melindungi Masjidil Aqsa.??!
Jawapannya ada pada kita. Apabila umur meningkat dewasa , memahami keadaan politik dan sosial negara , kini, sudah tahu dah mengapa Negara Arab tidak bersatu. Sebab kita juga tidak bersatu di bumi Malaysia yang bertuah ini. Kita ego dan bersifat terlalu berpolitik. Sebab itu dikatakan sebentar tadi, Jawapannya ada pada kita, jawapan ada pada hati kita...dalam hati kita. .. . ..
dan sekali lagi diungkapkan ,....Palestin dan Masjidil Aqsa terus menangis kerana kita...rakyat ISLAM di Malaysia.
BACALAH LUAHAN HATI SEORANG anak palestine Fathi Abzinah kepada mereka yang MASIH TIDAK PEDULI Palestine. Allah...
''Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan MENJERIT memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita.
Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini. Kamu tahu,
kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.
Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat?
Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama.
Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.
“ YA ALLAH, MEREKA SAUDARA KAMI TETAPI MEREKA TELAH MEMBIARKAN KAMI!.”
Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?
Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.
Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya...''
* Moral daripada kisah: Sesama Islam bergaduh, pasti ada pihak yang mendapat untungnya...
FORMULA:
1. NEGARA ARAB 1 VS NEGARA ARAB 2 = ISRAEL UNTUNG.. MANGSA: PALESTIN TERGADAI
2. PARTI UMNO VS PARTI PAS /PKR = DAP untung ... Mangsa : Anak-anak orang Islam Generasi Pelapis..
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...