Facebookers terutamanya dalam kalangan pelajar yang melayari laman sosial facebook selama 3-7 jam sehari dibimbangi akan berisiko mengalami masalah kemurungan. MHS menasihati pelayar-pelayar internet supaya berhati-hati di dalam penggunaan media sosial termasuk mengawal tempoh masa keberadaan anak-anak di dalam alam maya.
Kajian-
Kuching: Pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.
Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.-BH-
INFO: Risiko kemurunganPelajar melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...