PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 7: PR BELUM PUTUSKAN. @anwaribrahim

18 Nov 20120 comments

Berita yang sudah pasti menggelisahkan @anwaribrahim. Umum mengetahui bahawa sebelum ini #anwaribrahim beriya-iya menyatakan beliau akan menjadi Perdana Menteri dan Najib akan jadi Ketua Pembangkang. 

Sila baca: 
PENGKALAN CHEPA - Pas juga melahirkan pendiriannya bahawa soal jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya boleh dibincangkan apabila tiba masa yang sesuai kelak.
"Memang betullah. Boleh bincanglah," kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-58 di sini, petang ini.
Abdul Hadi ditanya pandangan beliau berhubung kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, isu jawatan Perdana Menteri bukan "satu masalah."

"Tiada masalah, tak ada apa, kita boleh bincang dengan baik," katanya yang juag Ketua Umum PKR itu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor (Unisel), pagi tadi.
Pemilihan calon Perdana Menteri jika PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) antara persoalan yang dibangkitkan perwakilan Pas pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 yang berakhir petang ini.
Ia dibangkitkan oleh wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain pagi semalam, susulan kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat kelmarin.
Sementara itu, bercakap pada sidang media yang sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, apa yang mustahak pada masa ini ialah Pas mesti menang sebanyak mungkin kerusi dalam PRU13.
"Kita hendak hadapi pilihan raya, hendak menang sebanyak mungkin dahulu," ujar beliau yang disambut oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa pula berkata, "hendak jadi Perdana Menteri kena selesai pilihan raya sebab orang itu kena menang, kalau tak menang tak boleh jadi Perdana Menteri."
Hadi seterusnya menjelaskan bahawa bagaimana hendak menetapkan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika kalah menang seseorang pemimpin itu dalam pilihan raya belum diketahui."Ataupun orang yang dicalon itu, dia tak menang pilihan raya. Nak lantik dia macam mana? Lantik jadi senator boleh?" katanya lagi.
Selain cadangan wakil Hairun Nizam supaya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, nama yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan itu ialah Anwar.
Ditanya media berhubung pengisytiharan oleh Lim Kit Siang bahawa Anwar adalah individu yang paling layak menjadi orang nombor satu negara, Hadi berkata, "ia dalam ceramah, kita bebas untuk bercakap."
Gesaan Kit Siang itu dibuat ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada malam Jumaat lalu.

Pendapat sama sebelum itu turut disuarakan oleh anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng awal tahun ini.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team