#MALAYSIA SEDIA HANTAR TENTERA KE GAZA! Ulasan kepada Suara-suara Sumbang!

20 Nov 20122comments

#MALAYSIA SEDIA HANTAR TENTERA PENGAMAN  KE GAZA!

MHS ingin mengulas lah apabila keluarnya berita bahawa Malaysia bersedia untuk menghantar Pasukan Pengaman ke sana , ada suara-suara sumbang rakyat Malaysia yang emosional yang mengatakan "Itulah Malaysia, setakat hantar askar pengaman jerr" . 

 kita patut hantar Paskau ke sana! 
Ada juga penyokong-penyokong parti tertentu yang memperlekehkan Malaysia setakat mengecam, menggesa, mengutuk, menyeru dan mengambil Sahaja dan berpendirian pro Palestin.

Apa yang dilakukan oleh Parlimen Malaysia dalam usul tergempar mengenai Gaza tadi patut dipuji. Lagipun ianya dilakukan sebulat suara oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia termasuk dari parti kerajaan dan parti pembangkang. Maka ianya tidak menjadi isu. Itulah cara ahli Parlimen Malaysia telah lakukan demi kebaikan Palestin, dan rakyat Malaysia. Tekanan politik merupakan salah satu senjata yang telahpun diguna oleh ahli-ahli politik Malaysia. 

Perkara kedua ialah mengenai kesudian negara menghantar pasukan pengaman. Tidakkah mereka yang memperlekehkan kesudian baik kita untuk menghantar pasukan pengaman tahu akan tugas-tugas pasukan pengaman ini di negara yang bergolak? 

Antaranya ialah pasukan ini perlu memastikan setiap perjanjian yang dilakukan untuk menamatkan peperangan tidak dicabuli mana-mana pihak. Selalunya pasukan pengaman terpaksa bertempur dengan pihak yang cuba mencabuli perjanjian. Bagi kes Palestin, sudah tentulah tentera Israel yang selalu mencari pasal untuk memulakan semula serangan. 

Pasukan pengaman juga bertanggungjawab melindungi orang awam serta perlu memberikan khidmat bantuan sosial dan perubatan. Perkara ini juga merupakan satu perkara yang sangat penting terutamanya selepas peperangan berlaku. 

Apa yang perlu ditanya kepada diri kita sendiri adalah "APAKAH PERANAN AKU UNTUK MENOLONG SAUDARA-SAUDARAKU DI SANA?" Bukannya memperlekehkan usaha-usaha orang lain untuk membantu mereka di sana. 


Dari Abu Hurairah r.a katanya : "Rasulullah S.A.W bersabda : "Barangsiapa yang mati dan belum pernah melakukan peperangan,juga tidak pernah tergerak hatinya untuk melakukannya itu-yakni tidak ada keinginannya sama sekali untuk berjihad fisabilillah,maka ia mati menepati satu cabang dari kemunafikan."
( Riwayat Muslim )


Apa yang boleh dilakukan di Malaysia: 

1) Menderma untuk perjuangan Palestin 

2) Boikot barangan yang dihasilkan sekutu ISRAEL sebagai satu tanda protes kepada peperangan Israel.

3) Mengankat doa pohon pertolongan diberikan kepada kaum Muslimin di sana. Bukankah Doa Itu senjata orang -orang Mu'min ? 

4) Memberikan kesedaran umum kepada masyarakat supaya mereka bersama-sama berdoa dan merasai keperitan mereka. 

5) Mendidik anak supaya beriman kepada Allah dan Rasulnya serta memberikan motivasi kepada mereka  supaya belajar bersungguh-sungguh supaya kelak kita dapat melahirkan generasi yang unggul seterusnya dapat berbakti kepada kemakmuran dan kekuatan ISLAM. -MYHOMESOIL- 



PETIKAN BERITA
KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menghantar tentera pengaman sekiranya terdapat permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mewujudkan keamanan di Gaza, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
Ahmad Zahid berkata, setakat ini badan dunia itu tidak membuat sebarang ketetapan untuk menghantar pasukan pengaman di wilayah bergolak itu. "Hantar atau tidak (tentera) bergantung kepada permintaan daripada badan dunia yang lain. 
"Namun, kita sudah buktikan bahawa angkatan tentera kita di tahap terkehadapan untuk mewujudkan keamanan contohnya Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL)," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Sambutan Hari Inovasi di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini. 
Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Ismail Ahmad dan panglima ketiga-tiga perkhidmatan tentera. 
Beliau berkata, ketika ini usaha sedang dilakukan ke arah mencapai perjanjian gencatan senjata antara rejim Israel dan pihak Hamas di Gaza. 
"Bagi kita pendirian ketua kerajaan ASEAN ialah pihak Israel dan Hamas hendaklah menghentikan apa yang dilakukan (serangan bom)," katanya.   
Serangan Israel ke atas wilayah Palestin sejak 15 November lalu mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak dan warga tua serta mencederakan ratusan yang lain. 
"Namun, kita sudah buktikan bahawa angkatan tentera kita di tahap terkehadapan untuk mewujudkan keamanan contohnya Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL)," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Sambutan Hari Inovasi di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini. -BHARIAN- 
 Ketetapan Usul Sidang Tergempar Malaysia

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan.

3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

5. Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.

9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.
Share this article :

+ comments + 2 comments

21 November 2012 at 00:34

mcm mana kalau orang awam ingin berjuang bersama2 rakyat palastin boleh ke...?

Anonymous
6 August 2014 at 01:17

kalau negara-negara islam tunggu green light dari PBB, sampai kiamat la. buat mcm dr M dulu dalam isu bosnia. kelam kabut PBB dan NATO ambil tindakan sebab dah ada gerakan tentera dari pihak ketiga. stand-by je tentera islam dimana-mana negara yang berjiran dengan israel. tak payah buat apa pun, main play station jer. aku ingat, mau ngelabah US dengan Israel.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team