HADI AWANG PERDANA MENTERI PAKATAN, ANWAR TENANG.

18 Nov 20122comments

Anwar menyatakan beliau tidak kisah dengan kenyataan ahli-ahli PAS yang mahukan Presiden Pas mereka Hadi Awang menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang dapat menewaskan . Hal ini kerana , perkara ini boleh dibawa berbincang katanya. 
anwar tenang tak berapa tenang juge... 
Begitu tenang Anwar Ibrahim. Mengapa beliau begitu tenang? 
KUALA LUMPUR - DAP hari ini mengulangi  pendirian calon Perdana Menteri apabila menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah seperti yang telah disepakati Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya telah bersepakat dalam memilih calon Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri dan tiada perubahan dalam keputusan itu setakat ini.
Menurutnya, PR telah mempunyai kesepakatan dalam pemilihan calon pihaknya dan isu siapa menjadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan lagi.
"DAP tidak mempunyai calon sebagai Perdana Menteri walaupun Pas dan PKR telah mempunyai calon.
"Kita telah sepakat mengatakan Anwar menjadi Perdana Menteri, jadi kalau ada parti lain ada mahu mencalonkan pemimpinnya, itu terpulang.
"Apa yang penting,  keputusan antara pemimpin yang sepakat memilih Anwar sebagai Perdana Menteri apabila PR berjaya menawan Putrajaya dan tiada perubahan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Anwar yakin sekiranya perbincangan dilakukan di antara #PAS, #DAP dan #PKR, maka keputusan 2-1 akan tercapai kerana #DAP memang menyokong Anwar Ibrahim. 

#Dap tidak akan memilih #PAS kerana bagi #DAP , #PAS adalah parti yang radikal yang bertentangan 180 darjah dengan pendirian dan pegangan radikal #DAP. 

Perkara ini membuktikan bahawa DAP hanya mahu sokongan orang-orang PAS kepada parti itu pada PRU 13 nanti. 

Seperkara lagi , tidakkah #PAS memikirkan secara jangka panjang, sekiranya anwar sudah tidak ada lagi, Pertalian DAP-PAS pasti akan terlerai!  

Share this article :

+ comments + 2 comments

19 November 2012 at 04:40

aakj dah link tqtq

Anonymous
13 December 2012 at 17:28

huhu...malaysia oh tanah airku
tahukah anda, kemerdekaan malaysia diperoleh dengan cara berjabat tangan dengan penjajah british? seolah2 setuju dengan sume kehendak british barulah kemerdekaan diberikan? dan sekarang negara malaysia diperintah dengan berpandukan konsep bertuhankan nafsu dari Barat..tak penah terfikir k? ingat sesenang hati je british nak bagi malaysia balik sesudah bkorban harta dan tenaga utk dpatkn malaysia?? dan setiap tahun, kita dengan bangga meraikan hari kemrdekaan negara..merdeka la konon..hei, sedar k tak, otak rakyat malaysia sekarang dijajah tau!!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team