Saranan Ketua Pemuda UMNO yang mahukan sebarang bentuk latihan kepada generasi muda yang dapat memperkayakan generasi ini dengan pelbagai ilmu dan kemahiran tidak hanya diberikan oleh pihak Kerajaan tetapi juga diberikan oleh Syarikat-syarikat swasta secara menyeluruh adalah amat dipuji.
Ia dapat dilakukan dengan cara menambah syarat pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat hanya akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang menawarkan program latihan industri kepada belia tempatan.
Katanya: "Melalui pendekatan ini, tanggungjawab latihan kepada golongan muda tidak lagi akan menjadi tanggungjawab Kerajaan semata-mata. Pada masa yang sama, ia akan mewujudkan peluang pekerjaan dan mampu menyediakan prospek yang cerah untuk orang-orang muda yang sedang mencari pendedahan di dalam industri. "·
Untuk makluman , golongan muda yang sering mencari latihan industri bukan sahaja tergolong daripada golongan mahasiswa dan graduan lepasan kolej sahaja , golongan muda daripada pelbagai cabang vokasional termasuk lepasan SPM juga sangat memerlukan latihan industri yang meluas dalam mempersiapsiagakan diri mereka di dalam alam pekerjaan sebenar.
Apa-apa pun tahniah Ketua Pemuda UMNO! Banyak lagi cadangan yang diutarakannya. Sila Layari: 10 Cadangan Pemuda
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...