DULU TUDUH #UMNO KAFFIR, SEKARANG ..? BACKFIRE TO PAS!!

14 Nov 20120 comments

PAS terus menerus melabelkan UMNO dan kepimpinan Dato Seri Najib dengan label-label yang tidak sesuai dalam konteks sesama Muslim.

Jikalau dahulunya prinsip menentang UMNO dii'tikad sebagai JIHAD sama tarafnya dengan perjuangan menentang Yahudi Laknatullah sehinggakan ada pengikut-pengikut mereka memandang orang-orang UMNO KAFFIR dan sebagainya, kini label yang keluar dari mulut Hj Hadi , Presiden PAS yang terulung adalah UMNO itu Khurafat. 

Selain itu Hadi Awang juga dilaporkan berita melabel pemimpin UMNO "berlagak seperti tuhan" kerana pemimpin UMNO dikatakan tidak mengaku salah.

Petikan Berita:

Petikan Lengkap:

KOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas Pusat digesa bersama-sama parti itu menyelamatkan masyarakat Melayu Islam di negara ini daripada terus terperangkap dalam "khurafat Umno".
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata: "Hari ini bukan musuh masuk dalam parti, musuh masuk dalam rumah, serangan pemikiran."
"Kita tidak boleh kawal anak-anak kita, maka jihad menjadi Fardu Ain, selamatkan orang Melayu kita yang mengaku Islam, yang tenggelam dengan khurafat Umno seolah-olah tidak ada kerajaan lain dalam dunia," kata Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas kali ke-52 di sini, malam tadi. 
Justeru menurut Abdul Hadi, adalah penting muslimat Pas mempunyai pemahaman dan ilmu agama yang tinggi bagi menyampaikan mesej Islam sebenar kepada rakyat di negara ini.
"Saya mahu supaya muslimat kita berilmu dan faham. Jangan berilmu sahaja (tapi) tak faham.
"Tak ada ilmu tapi buat-buat faham juga tak boleh khususnya ilmu hendak menyampaikan mesej Islam kepada orang Melayu Islam yang termakan dengan khurafat Umno.
"Islam adalah agama yang mendahului hak rakyat, menentang pemimpin-pemimpin yang berlagak jadi Tuhan, seolah-olah kerajaan itu maha suci, tak buat salah. Semua nabi-nabi menentang kerajaan yang seperti ini," kata Abdul Hadi lagi. 
Abdul Hadi turut mengulas berhubung peranan parti itu dalam berdakwah kepada masyarakat bukan Islam terhadap agama ini. 
"Kita perlu perkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam... ajak mereka kepada Islam tanpa paksaan.
"Tapi kalau mereka (bukan Islam) tak mahu masuk Islam, perkenalkan kepada mereka konsep Islam adil untuk semua," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya pada sidang media mengapa beliau begitu menekankan aspek ilmu dan faham dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, "kita kalau hendak buat apa pun mesti kena ada ilmu."
"Nak bawa kereta mesti kena ada ilmu pandu kereta. Nak kena lulus lesen pula untuk lulus ilmu itu.
"Dan ilmu itu mengikut keadaan semasa. Perkembangan semasa itu berkembang dan kita kena ikut lah. Islam itu sendiri adalah agama yang selaras dengan perkembangan semasa," katanya.
Sementara itu, beliau turut ditanya apakah Dewan Muslimat akan diberi lebih kerusi pada pilihan raya kali ini.
Katanya, ia "telah ditimbangkan. Insya-Allah di samping kawasan yang sedia ada, ada tambahan lain."
PAS TIDAK PERNAH AKUI KESILAPAN MEREKA
Kenyataan Presiden PAS itu adalah sangat tidak sesuai di dalam Muktamar Muslimat mereka yang sepatutnya membincangkan permasalahan utama masyarakat Islam sekarang iaitu isu Perpecahan Islam yang sangat meruncing, murtad dan bagaimana pendekatan politik dapat menyelesaikan masalah ini.

Pelaksanaan Hukum Hudud pun langsung tidak diperkatakan? Melabel pemimpin UMNO berlagak seperti Tuhan kerana tidak mengaku salah adalah tidak tepat sama sekali ia seperti melemparkan kepada diri sendiri. Untuk rekod, PAS tidak pernah langsung mengaku buat silap
1.  kes tabung memali,
2.  hukum mengkafir sesama Muslim
3. Kenyataan Nurul Izzah kebebasan agama tidak ditegur kepimpinan PAS ?!
Bukankah itu juga kesilapan, namun tidak pernah PAS akui.

"Tuduhan Berlagak seperti Tuhan oleh Presiden PAS itu adalah untuk dirinya sendiri dan parti itu!"

Najib pernah akui kesilapan Lalu pada MAC 2012 yang lalu dalam kenyataan akhbar DAN Pohon Maaf kepada Rakyat. 
BALING - Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan lalu yang membawa kepada kehilangan banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan-kesilapan lalu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


INILAH AMANAT HAJI HADI YANG MENYEBABKAN KAFIR MENGKAFIR SESAMA ISLAM!
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team