BILA HADI SANGGUP JADI KHADAM UNTUK JADI PM, @anwaribrahim TAWARKAN APA PULA?

17 Nov 20123comments

BILA HADI SANGGUP JADI KHADAM UNTUK JADI PERDANA MENTERI , ANWAR TAWARKAN APA PULA?

Bermacam tawaran dan perbandingan diberikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan pembangkang untuk mendapatkan jawatan yang disandang oleh Najib Razak ketika ini. Terkini, setelah akar umbi PAS menyatakan Presiden mereka lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Walaubagaimanapun Lim Kit Siang sebelum itu menyatakan bahawa Anwar Ibrahim lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri. 

Persoalannya: 
1. Ingatkan kerusi panas ini sudah dipersetujui untuk diberikan kepada Prime Minister In Waiting kita iaitu Saudara Anwar, rupanya belum putus betul-betul lagi. Maka , siapa yang terlebih berangan sebenarnya? 

2. Adakah DAP khuatir jika jawatan panas ini diberikan kepada #PAS , semua hidden agenda DAP tidak akan berjaya? Umum mengetahui, Karpal Singh pernah berkata "Anwar's ball is in my pocket, i can squeeze it at any time! "?! 

3. Adakah percaturan politik mereka berjaya tanpa persetujuan rakyat? Habis rakyat ini apa? Saling tidak tumpah perjanjian di antara Kerajaan Siam dengan Kerajaan British pada 1909 yang menunjukkan negeri-negeri Tanah Melayu dipecah dua tanpa ada penglibatan pemimpin dan rakyat Tanah Melayu.  





PETIKAN BERITA:
PENGKALAN CHEPA - Datuk Seri Abdul Hadi Awang rela menjadi khadam demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai "amanah berat" meskipun Dewan Ulama Pas menegaskan presidennya itu lebih layak.
"Apa yang penting kepada kami, kita ke Putrajaya. Siapa yang jadi Perdana Menteri, yang diterima oleh rakyat, yang dapat menyatukan rakyat, dapat menegakkan keadilan untuk rakyat.
"Kita terima. Saya terima. Macam saya sebutlah, saya sanggup jadi nelayan balik," kata Abdul Hadi pada sidang media di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), hari ini.
Dalam satu temu bual dengan Sinar Harian Januari lalu, Abdul Hadi berkata, beliau tidak kisah menjadi nelayan asalkan Perdana Menteri yang dipilih kelak mengamalkan dasar pemerintahan Islam dan mampu menyelamatkan negara.
Pagi tadi, perwakilan Dewan Ulama menegaskan, jika ada individu yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekiranya  Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah Abdul Hadi sendiri.
"Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tetapi beliaulah orang yang lain layak untuk menjadi pemimpin, Perdana Menteri pada masa akan datang dan kita sebagai anak didik kepada Pas, tidak sepatutnya, kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa adalah negara yang berdasarkan syariat.
"Kita meletakkan satu keyakinan bahawa presiden kita orang yang berkaliber untuk memimpin sebuah negara...," katanya.
Menjawab pertanyaan media, Abdul Hadi menjelaskan, dalam Pas, pimpinannya tidak pernah diajar untuk meminta-minta jawatan dalam parti politik.
"Saya sebagai seorang pimpinan yang diajar dalam parti Islam, kita tak boleh minta untuk jadi pemimpin," namun katanya, jika diberikan tanggungjawab itu, "kita anggap ini sebagai satu amanah yang berat, amanah yang besar."
Malam tadi penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat pengisytiharan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu ke Putrajaya selepas PRU13.
Menurut Kit Siang, Anwar adalah pemimpin dari pembangkang yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Sepatutnya doa di dalam video ini bukan ditujukan kepada UMNO, sepatutnya ia ditujukan kepada #DAP!



Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
18 November 2012 at 06:27

Begitu tawaduk sekali orang-orang PAS 'ni. Eh! Eh! Eh! Eh!

Anonymous
18 November 2012 at 15:00

Angan-angan terlalu tinggi.Kesian Tok Guru

3 March 2021 at 05:01

Pleasantly surprised by the discovery of your site so pretty and so original, everything is well designed and very beautiful with a lot of choice, it is a wonder !!

voyance mail rapide

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team