AGENDA TERSEPIT RONNY LIU N THE GANG TELAH DIHIDU RAKAN SENDIRI!

21 Nov 20122comments

MANOHARAN (DAP) SELAR RONNIE LIU (DAP) UNTUK LETAK JAWATAN!

Banyak Laporan sebelum ini mendakwa bahawa DAP sebenarnya dikuasai oleh mereka yang sangat beriman dengan agama Kritian sedikit sebanyak telah dibuktikan dengan Kes Kontroversi Kondominium 29 tingkat berhampiran Batu Caves. DAP seperti tidak mempunyai masa untuk melayan tuntutan lain-lain kaum dan agama.

"Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh." -TaipingMali

Pemimpin seperti Ronnie Liew dan rakan-rakannya yang lain bertindak acuh tidak acuh dengan masalah-masalah berbangkit yang tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada pihak mereka. 

Apa sebenarnya yang berlaku di antara Manoharan (DAP) dan Ronnie Liu (DAP) sampai terpaksa cabar-mencabar untuk letak jawatan YER?! 

Laporan Akhbar: 



SHAH ALAM: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu dicabar supaya melepaskan jawatannya oleh pihak daripada partinya sendiri, M. Manoharan kerana tidak dapat menyelesaikan isu kontroversi berhubung kondominium 29 tingkat berhampiran Batu Caves.
Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) berkata, projek itu telah menimbulkan kemarahan bagi masyarakat Hindu, dengan itu, ia seharusnya dibatalkan.
"Kuil ini adalah warisan negaara. Ia adalah jelas bahawa rakyat tidak mahu projek atau apa-apa lain untuk kompleks Kuil Batu Caves."Jika projek ini tidak dibatalkan, anda akan meletakkan jawatan?"
Manoharan meminta Liu semasa menjawab soalan tambahan kepada Amirudin Shari (PKR-Batu Caves) soalan mengenai isu yang sama pada mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Selasa.
Liu, yang juga merupakan seorang ADUN DAP, menjawab: "Peletakan jawatan bukan isu di sini. Apa yang penting ialah bahawa projek itu harus dihentikan dan negeri (kerajaan) melakukan yang terbaik di sini.
"Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh, projek itu tidak boleh dimansuhkan kerana lebih 60% daripada unit kondominium telah dijual.
"Jika projek itu dihentikan, kerajaan negeri dan Persekutuan perlu membayar pampasan kepada pemaju."Liu, bagaimanapun, berkata Kerajaan Persekutuan juga mempunyai kuasa untuk menghentikan projek itu daripada berlaku dengan membatalkan lesen pengiklanan dan permit jualan pemaju. mStar-

Menjawab soalan Ronnie Liu yang meletakkan pula tanggungjawab pembatalan projek kepada Kerajaan Persekutuan, Najib telah beri jaminan sekiranya Selangor berjaya ditakhluki Kerajaan Barisan Nasional, Isu Pembinaan Kondominium di Batu Cave ini akan diselesaikan dengan segera! 

Persoalan Balas kepada Ronnie Liu: 

1. Mengapa anda sebagai Kerajaan Negeri tidak bertanggungjawab terhadap perkara yang sememangnya merupakan urusan Kerajaan Negeri? 
2. Adakah Kerajaan PR selalu sangat bergantung kepada Kerajaan Pusat sekiranya ia membabitkan isu-isu rakyat?



Kedangkalan dan kebodohan Kerajaan PKR-DAP Selangor yang kerap menuduh Kerajaan Pusat sekiranya berlaku masalah menunjukkan ketidakmatangan dan ketidakbolehan mereka untuk mentadbir sebuah kerajaan. 


Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
2 December 2012 at 02:53

abang tak tau ke projek tu diluluskan zaman bn memerintah? abis tu kenapa spin pulak.

Anonymous
2 December 2012 at 03:26

abang tak tau ke projek tu diluluskan pd zaman bn memerintah. nampaknya ada sedikit sabotaj terhadap pm kita.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team