PASCA GENCATAN: ASKAR ISRAEL TEMBAK LAGI 8 RAKYAT PALESTIN, 1 SYAHID #AlQassamBrigade

26 Nov 20122comments

Tentera Yahudi Sentiasa berkawal di sepanjang sempadan dan melepaskan tembakan. 

Akhbar antarabangsa melaporkan Tentera Israel yang berkawal di sepanjang sempadan melepaskan tembakan terhadap rakyat Palestin yang melalui kawasan berkenaan . Terbaharu tentera Yahudi tersebut telah membunuh seorang orang awam Palestin dan mencederakan 7 orang yang lain. Untuk rekod , kawasan berkenaan merupakan kawasan bebas tembakan free-fire zone dan tidak membenarkan sebarang tembakan dilepaskan oleh kedua-dua pihak. 
Kematian ini merupakan kematian pertama di pihak Palestin dan Israel sejak gencatan senjata dimetrai. Saksi melaporkan , lelaki yang ditembak mati dikenali sebagai Anwar Kudiah , 20 an yang hendak tanah yang dimiliki oleh keluarganya yang berdekatan dengan sempadan. Bagi dirinya, gencatan senjata tersebut dipercayai membolehkannya pergi ke ladangnya untuk berkebun semula , tetapi malangnya ditembak mati oleh tentera Yahudi laknatullah. 
Seperti biasa, Askar Yahudi menuduh Hamas cuba menggagalkan gencatan senjata dengan melanggar garis sempadan oleh sebab itu tentera mereka terpaksa melepaskan tembakan. 
Tentera Israel selalu melepaskan tembakan kepada orang awam yang mendekati garis sempadan walaupun mereka masih berada di sebelah Gaza. 
"The Israeli army often opens fire on people approaching the border, even though they are still in Gaza, on the grounds it is preventing terrorists from entering Israel."
The Associated Press filmed an incident in which several Palestinians, most of them young men, approached the fence. Some Palestinians briefly talked to the soldiers, and others appeared to be taunting them.
A soldier responded: "Go there, before I shoot you," and pointed back into Gaza. Eventually, a burst of automatic fire was heard, but it was not clear whether any of the casualties were from this incident.

Untuk rekod yang terkandung di dalam Al Quran, Bani Israel kerap melanggar perjanjian dan mereka tidak pernah menepati janji yang dibuat walaupun dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul ALLAH sehingga mereka sanggup membunuh para Nabi dan Rasul ALLAH : 

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat." Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing." Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).(al-Baqarah: 83 dan 84)


Pelik tapi benar... 

Share this article :

+ comments + 2 comments

Pakcu Rantau Panjang
26 November 2012 at 06:26

Dah lama pun cerita gencatan senjata ni di ulik mimpi memang tak laku punya...nama pun Zionist sapa yang percaya ?????????

Anonymous
13 December 2012 at 17:22

kamu nie pemilik blogger...jangan tulis blog je pandai...pergilah menuntut ilmu agama jugak...komen yg tidak didasari kefahaman islam, berat 66 la jawabnya...

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team