“Aku bernadzar kepada Allah bahwa diriku adalah untuk Allah, kemudian untuk agama Islam. Maka tidak ada pilihan bagiku kecuali kemenangan atau mati syahid, karena perang melawan Israel itu harus terus berlanjut sampai semua orang Yahudi keluar dari setiap jengkal tanah Palestina.”(Muhandis Yahya Ayyasy)
Ikuti kisahnya ....
Beliau pemuda yg hatinya diilhamkan Allah dengan nur yang memberkati ini. Beliau mewaqafkan seluruh jiwannya untuk Palestine dan Islam. Bertarung untuk mendapatkan kebebasan dan maruah yg telah diragut pada awal abad ke-20 oleh bangsa, bangsa Yahudi Laknatullah. Ceritanya bermula di Rafah, tempat kelahiran seorang pejuang Islam yg menghambakan seluruh hidupnya untuk mendapatkan syahid Allah. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang biasa pada 3 Mac 1966.
Pada hari tersebut menyaksikan lahirnya Hero umat Islam yang bakal menggemparkan bangsa Yahudi. “Hero” umat Islam ini dinamakan dengan nama Yahya Ayyash. Yahya bermaksud untuk hidup manakalaa Ayyash bermaksud seseorang yg menjalani kehidupan yang bertepatan dengan namanya, beliau telah hidup dihati ini dan hati-hati umat Islam dalam jangkamasa yg lama dan namanya akan terus mekar seiring masa berjalan walaupun hayatnya di dunia ini tidaklah sepanjang namanya. -Jalan Mujahadah
Yahya Ayyash adalah anggota setia Hamas dan pemimpin Briged Izzudin Al Qassam cawangan Tebing Barat sehingga tahun 1996.
Ayyash dilahirkan pada 6 Mac 1966 di Rafat, Tebing Barat, Palestin. Semasa meningkat dewasa, Ayyash menerima anugerah daripada Tabung Amanah Islam kerana berjaya menghafal Al Quran . Pada masa yang sama , bakat terpendam remaja Islam itu menyerlaj dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Selepas menamatkan persekolahan pada tahun 1985, Ayyash melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik di Universiti Bir Zeit dalam 1987. Beliau mula aktif dalam barisan Briged Izzudin Al Qassam di awal 1992 an dan bertanggungjawab dalam pembuatan peledak daripada bahan mentah di Palestin.
Ayyash cukup terkenal sebagai peneraju teknik buatan bom dalam konflik Israel-Palestin dan pernah menyebabkan kematian lebih 90 orang Israel dalam satu serangan terancang olehnya.
Seawal usia 20 an Ayyash dilantik sebagai ketua pembuat bom Hamas dengan gelaran Sang Jurutera. Tanggal 5 Januari 1996, Ayyash terbunuh selepas telefon bimbit yang digunakannya meletup semasa menghadiri satu majlis di rumah sahabatnya, Osama Hamad di Bandar Gaza.
Menurut sumber, kematiannya telah didalangi Agensi Keselamatan Israel(Shin Beit) dengan kerjasama bapa saudara Osama iaitu Kamil Hamad.
-ALFATIHAH BUAT PEJUANG ISLAM YANG SYAHID DI BUMI ALLAH-
-ALFATIHAH BUAT PEJUANG ISLAM YANG SYAHID DI BUMI ALLAH-
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...