ANWAR IBRAHIM ditolak Kerajaan Australia! @anwaribrahim

22 Nov 20122comments

ditolak Australia
Australia dilaporkan menolak rayuan Anwar Ibrahim yang meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia , yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan supaya bebas daripada penipuan dan rasuah. 

Anwar dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia Senator Bob Carr mengenai perkara ini. Menurut Australia, "Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia" . Untuk rekod , pihak pembangkang sering menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dan telus meskipun mereka berjaya mendapat negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak pada PRU 2008 yang lalu. 

Agak pelik bagi Malaysia apabila pemimpin parti yang bertanding meminta campur tangan negara asing ke dalam Sistem Pilihanraya Negara yang sepatutnya diuruskan sendiri oleh kita selaku rakyat Malaysia. Ini juga bukannya pertama kali Anwar Ibrahim memburukkan negara di mata antarabangsa. -reuters MHS- 
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
22 November 2012 at 11:13

Pengkhianat bangsa, negara dan agama.

Anonymous
23 November 2012 at 04:42

penipu rakyat itulah dia DSIA

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team