EKSLUSIF: LAPORAN TELUS DAN SEIMBANG HIMPUNAN RAKYAT

3 Nov 20124comments

Seremban 4/11/2012 - Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Seremban Jaya Seremban melihatkan sejumlah besar penyokong pakatan pembangkang berjaya dimobilasikan daripada Perak, Kedah, Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang , Melaka dan Johor.
Penganalisian bagi perkara ini telahpun dilakukan oleh pemerhati-pemerhati bebas yang berada di situ dengan loghat cara cakap mereka, dengan beg-beg yang mereka bawa, bas-bas yang datang serta plat-plat nombor kenderaan yang dirakam sepertimana blogger-blogger lain dah dedahkan.

 Meskipun jangkaan awal pihak penganjur ingin mengumpulkan 50,000 penyokong, pihak penganjur akhirnya sekurang-kurangnya dapat menghimpunkan 10% daripada jumlah itu iaitu 5000 orang sahaja. Ini menolak propaganda HARAKAH yang menyatakan 10,000 telah hadir di dalam himpunan mereka.

MHS berpendapat perhimpunan ini telah berjaya dilaksanakan oleh pihak penganjur kerana berjaya mengumpulkan HARDCORE-HARDCORE PAS, PKR dan secubit daripada DAP. Daripada jumlah itu , dikenalpasti tidak sampai lebih kurang 600-700 orang masyarakat dari Negeri Sembilan berdasarkan jumlah kenderaan yang berplat "N" dan "W" . Itupun kami perlu mengambil kira plat W sebab ramai orang Negeri Sembilan juga menggunakan plat itu.  

Dari segi teknikal, Sistem Suara (PA SISTEM) juga kurang memuaskan. Lebih separuh tetamu iaitu yang berada di lingkungan radius gerai pameran dan gerai jualan makanan, tidak mendengar butir bicara pemidato. Hal ini menyebabkan mesej yang disampaikan tidak jelas.

Dari segi penganalisian Kategori Peserta , mereka yang hadir 75%-80% adalah mereka yang memegang jawatan tertentu di dalam ranting, cabang, cawangan atau bahagian PKR dan PAS serta pimpinan tinggi DAP Pulau Pinang seluruh Negara. (Itu pun kerana Lim Kit Siang turun, jika tidak kemungkinan jumlah DAP adalah berkurangan).

Maka untuk mengandaikan NEGERI SEMBILAN bakal menjadi mangsa tsunami politik kepada PR adalah pendapat yang sangat dangkal dan satu andaian yang silap. 

-MHS AKAN DEDAHKAN LAGI PERKARA-PERKARA YANG MENARIK SEBENTAR LAGI- ADIOUS AMIGOS!  Rasanya orang-orang PR yang hadir dapat merasai kebenaran perkara ini. Sekian, Wallahualam.Allah Maha Mengetahui.
Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
3 November 2012 at 20:49

seremban adalah kubu kuat dap lah dan perti kompenan bn mca dan gerakan tak mampu tawan seremban...... hanya umno bn sebagai ketua mewakili bn bersama parti komponen bn lain baru boleh tawan seremban. Seremban mempunyai peluang lebih cerah lagi jika Khairy Jamaluddin ketuai misi ini yg merpakan orang berpengaruh di negeri 9.

Anonymous
3 November 2012 at 23:58

weh, ce cerita bebeno, ada gambo nunjuk ramai org datang, sanggup basah kuyup, tempat duduk penuh, berdiri kebasahan pun ada, mana satu betui,penin penin nengok kome kata itu ini, bior lah betui apa yang di kata, mentak buat dosa kherin je weh,.

blok baik
4 November 2012 at 00:12

Memey arr tmpat duk penoh, tp kalau tmpat duduk tu ada 1500 jer cmpoq yg bediri,apa citer ape...? 10000 ke yg dtg wlaupun tempat duduk penuh? Bodo punyer org

4 November 2012 at 13:45

Memang ramai sebab mereka datang dari negeri yg berdekatan. Tujuan perhimpunan nak tunjukkan org nogori sokong PR tapi yg ramai datang org luar kawasan. Itu memberi amaran NS bukan kubu PR tapi KUBUR PR!!!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team