Selepas kekalahan 3-0 pada perlawanan pertama di antara Sang Harimau Malaya dan Sang Singa pura-pura, maka banyaklah cemuhan dalam kalangan rakyat kepada Raja kepada Harimau yang menggalas harapan rakyat jelata. Ada pula yang beranggapan Si Raja ini memberikan harapan Palsu dan ada yang menyatakan Harimau yang dibawanya untuk beradu lembik dan mudah dibaham Sang Singa yang selalu berpura-pura.
Namun tidakkah anda terfikir, Harimau kadangkala perlu dicakar untuk membangkitkan kemarahannya? Lupakah anda sang harimau juga pernah dirobek-robek 5 berbalas 1 oleh sang Garu-garuda di lubuknya 2 tahun yang lalu namun Harimau boleh bangkit semula dengan Impian yang menggunung dan menjuarai pesta ?
Harapan Menggunung
Rakyat jelata yang keliru janganlah melukai Harimau yang telah dilukai itu. Apa yang rakyat perlu lakukan adalah mengubati luka - luka sang harimau tersebut supaya kakinya, kepalanya , derianya cepat sembuh dan bangkit menebus kekalahan kepada sang singa pura-pura itu.
Ingatlah selepas ini Sang Garu-garuda mahu mengganas menebus kekalahan mereka di lubuk mereka sendiri. Maka bersedialah wahai RAJA yang mengemudi Sang Harimau Malaya untuk membuktikan bahawa harapan mempertahankan Kejuaraan bukanlah sebuah harapan palsu seperti yang selalu didendangkan oleh beberapa pemimpin poli-politik kiri negara yang kerap gagal merealisasikannya malah ia adalah cerminan kepada Impian Menggunung rakyat yang membela Sang Harimau tersebut...Amin ya Rabbal Alamin ...
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...